1
Bertempat di Bgn Sultan Abdul Samad pada 01 Oktober 2012 berlangsung Majlis Penyampaian Dana Karya Penulis Tempatan 2012. Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan  Kebudayaan itu meriah dengan kehadiran ramai rakan penulis serta mereka yang ternama seperti YBhg Dato' Mohd Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara yg menyampaikan Ucapan Penghargaan Penulis), YBhg Prof Madya Dr Lim Swee Tin (Persembahan Puisi) dan YBhg Datuk Abdul Kadir Jasin (Bicara Buku). Turut hadir, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (bertali leher putih-hitam). Jutaan terima kasih kepada PNM yang melaksanakan pembelian secara terus buku-buku karya penulis tempatan.

Pada kesempatan itu, saya berpeluang menyampaikan buku masakan saya '100 JUADAH PERAYAAN' kepada YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Beliau berminat dengan buku masakan yang mengandungi 100 perayaan semua kaum di Malaysia termasuklah untuk Pesta Gawai dan Kaamatan selain daripada untuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Sesungguhnya ia khazanah warisan berbilang bangsa yang sesuai untuk semua.

Post a Comment

Salam Kak NorZ..
Saya masih tak jumpa lagi buku masakan 100 perayaan ni...tp belum pergi lagi ke kedai buku besar lagi, setakat nampak mmg xde kat kedai buku berdekatan area sini..

InsyaAllah akan dptkan juga buku ini...