0
Sedang aku menggosok gigi, isyarat menerima SMS terdengar di telefon. Melompat aku keluar dari bilik air dengan buih-buih ubat gigi masih terlekat di bibir. Oh TUHAN! Iskandar! 
Dalam kekalutan, telefon hampir terlepas dari genggamanku. 
Khabar baik. 
Hani rindu abang, ya? 
Iya, aku SMS dia bukan hanya kerana rindu tetapi juga kerana ingin memastikan dia sihat sejahtera. Selebihnya kerana aku ingin menatap senyumannya di skrin komputer. Aku mahu memegang skrin dan membayangkan aku sedang menyentuh rambut dan hidungnya... haishh. 
Abang tak rindu Hani ke? 
Aku memadamkan lampu bilik dan duduk di pinggir katil. Lampu tidur menebarkan sayap nyamannya dan aku bagaikan diulit mimpi paling indah bersama lelaki yang sepanjang hari di dalam mindaku. 
Tentulah rindu, Hani. Abang tengok Hani dari jauh siang tadi... 
Pengakuan Iskandar membuat aku hampir hilang akal. Betul ke? Iskandar Hakimi berada di luar Gemilau Travel Agency masa aku sedang bekerja? Lelaki yang paling ku senangi saat ini, memerhatikan diriku dari jauh? Adess, macam nak pitam rasanya. 
Tak cayalah... 
Aku berbaring. Jam pada skrin telefon aku, 11.05 malam. Mataku celek macam baru pukul 11.05 pagi. Rasa segar macam boleh terbang di langit. Dadah apakah yang telah disuntik oleh Iskandar ke dalam jiwaku? 
Tadi abang nampak Hani pakai sepit rambut bunga cempaka merah jambu, berbaju kebaya. Sweet sangat. 
OMG! Memang betul. Aku jarang pakai sepit rambut bunga cempaka tu. Aku lebih suka yang ada riben warna pelangi. 
Kenapa abang tak masuk jumpa Hani? 
Aku sedikit kecewa, sebenarnya. Aku membayangkan lelaki itu berdiri di hadapan agensi sambil memerhati ke dalam. Memanglah dinding kaca itu membolehkan sesiapa saja yang lalu-lalang melihat seluruh bahagian kaunter.

SAKSIKANLAH TEASER di sini.

Post a Comment