1

500 g mi kuning, dicelur
300 g taugeh, dicelur
1 kg kerang, direbus, kupas
2 keping tauhu, digoreng, dihiris
2 pokok sawi, dipotong, dicelur
4 biji telur, direbus, dibelah 2
4 tangkai daun bawang*
3 biji cili merah*          
2 biji limau nipis*
*dihiris

Bahan Kuah:
3 camb minyak
4 cm kulit kayu manis, bahan penumis
2 kuntum bunga cengkih, bahan penumis
2 kuntum bunga lawang, bahan penumis }
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1 tangkai daun kari
4 camb rempah kari
1/2-1 camb serbuk cili
400 g ayam, dipotong kecil
1.5 l santan (dari 2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
2 keping kek ikan, dihiris nipis
1 paket bebola ikan, dibelah 2
1 paket bebola tauhu, dibelah 2

*dikisar halus

Cara membuatnya:
1        Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, bahan kisar dan daun kari.
2        Bila naik bau, bubuh pula rempah kari dan kacau 2 minit.
3        Masukkan pula ayam, kacau rata hingga terbit minyak.
4        Tuangkan santan dan bubuh asam gelugur. Kacau sekali-sekala.
5        Bila kuah menggelegak, masukkan kek ikan, bebola ikan dan bebola tauhu. Biar mendidih semula sebelum diangkat.
6        Hidangkan mee dengan tauhu, kerang dan lain-lain bersama kuah.





Post a Comment