0

Bahan-bahan
4-5 ekor ketam, dibelah 2
¼ camt serbuk kunyit
200-250 ml air
60 ml sos cili Thai
2 camb sos tomato
1 camb kicap manis
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
2 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 camb taucu
1½ camb pes cili

Cara membuatnya
1.      Perap ketam dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
2.      Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak.
3.      Dalam 3 camb minyak, tumis bahan kisar.
4.      Bila wangi dan naik minyak, masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap, gula dan garam.
5.      Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian bubuh ketam.
6.      Tutup kuali dan biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7.      Campurkan bawang besar kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.

Post a Comment