0
80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket)
400 ml air panas
150 gm kek gulung, dihiris nipis
150 gm raspberi / strawberi / buah-buahan koktel (tin)
300 ml susu segar
40 gm gula kastor
35 gm tepung kastard
400 ml krim putar
Hirisan buah-buahan (hiasan)

Cara membuatnya
1. Untuk kastard. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Tuangkan baki susu, campurkan gula. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat.
3. Untuk jeli. Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan.
4. Putar krim hingga kental.
5. Susun kek di dalam mangkuk. Ratakan separuh kastard.
6. Taburkan raspberi di atasnya. Tuangkan separuh jeli, letak dalam peti sejuk sebentar hingga biar keras.
7. Sapukan separuh krim di atas jeli. Letak baki kek diikuti baki kastard.
8. Aturkan raspberi dan tuangkan baki jeli. Letak sebentar dalam peti sejuk.
9. Bila jeli 'set', sapukan baki krim di atasnya. Biar dalam peti sejuk kemudian hiaskan.

*Foto : gastronomers.dot.com

Post a Comment