1
Tinggal tujuh hari lagi sebelum umat Islam menyambut Ramadan Al-Mubarak. Tentu ibu-ibu dan kakak-kakak yang paling sibuk di dapur. Juadah untuk berbuka (kecuali yang bekerja tentulah singgah di Bazar Ramadan) dan sajian untuk bersahur tentulah terbayang-bayang di ruang mata. Mana lagi masa untuk membuat biskut dan kek menjelang Aidil Fitri? Kalau tak merancang dari awal, mungkin tension juga, kan...? Jadi, izinkan saya berkongsi beberapa petua supaya sambutan Ramadan kita tahun ini lancar, di samping kita tumpukan perhatian pada ibadah Solat Terawih dan membaca Al-Quran. * Sediakan senarai 30 hari hidangan berbuka (jika anak-anak dah besar, minta mereka beri pendapat juga) 
* Sediakan senarai 30 hari sajian bersahur (kecuali bagi mereka yang memanaskan lauk sama untuk berbuka, ehem...) 
* Lebihkan hidangan buah-buahan, jadi belilah yang tahan agak 'lama' (tidak busuk cepat walau tak disimpan di dalam peti sejuk) 
* Jadikan air suam satu kemestian semasa berbuka 
* Kurangkan minum air ais 
* Kurangkan kuih-muih manis 
* Selain nasi, sesekali berbukalah dengan bihun, mi, kuetiaw, pasta dan yang sewaktu dengannya 
* Sebelum berbuka, pastikan anak-anak kecil disuap makanan dulu supaya tidak kelam-kabut 
* Gunakan microwave supaya masa memasak menjadi singkat (dapatkan buku 'Masakan Microwave' saya, ahakss...) 
* Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan kupas bawang besar supaya persediaan memasak menjadi mudah dan menjimatkan masa. 
* Bersihkan sayur-sayuran dan simpan dalam bekas bertutup. Jadi, bila nak digoreng, terus masuk dalam kuali. 
* Tenangkan jiwa, senyum selalu ... bayangkan ini mungkin Ramadan terakhir kita... 
(...lain-lain akan menyusul kemudian, insyaAllah..)

Post a Comment

bestlah tips2 ni... sangat2 bermanfaat

terima kasih atas perkongsian ya