0
1 paket Perencah Lada Hitam SERI-AJI 
600ml air 
3 sudu besar minyak 
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
60ml puri tomato 
1 sudu teh herba campuran 
Sedikit garam, gula
 1 sudu besar stok ayam 
500 gm bebola daging 

Bahan pemekat (campur) : 60ml air + 1 sudu besar tepung jagung 

Cara membuat 
1. Larutkan Perencah Lada Hitam SERI-AJI dengan 200 ml air. Ketepikan. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga keperangan. 
3. Masukkan bawang putih, kacau 1-2 minit.
4. Tuangkan baki air, puri tomato, herba campuran, garam dan stok ayam. 
 5. Bila mendidih, masukkan bebola daging dan tutup periuk. 
 6. Renihkan hingga daging masak. Masukkan Perencah Lada Hitam SERI-AJI, gula dan bahan pemekat. 

* Sedap dimakan dengan kentang lecek (mashed potatoes) atau pasta.

Post a Comment