1

4 gulung mi suah
60 ml minyak
5 ulas bawang merah, dicincang
1 steh cuka
1 steh sos ikan
1 sb kicap pekat
1 sb kicap manis
1 steh serbuk lada hitam
2 tangkai daun bawang, dihiris
2 tangkai daun sup, dihiris
Garam secukup rasa

Bahan sambal
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
60 ml kicap manis
Jus 2 biji limau kasturi

Bahan sup
200 gm daging lembu
1 sb rempah sup
1.5 liter air
100 gm bebola ikan
300 gm udang, dikupas

Cara membuat:
1.      Untuk sup: Rebus 3 bahan pertama. Bila daging empuk, keluarkan dan hiris nipis. Masukkan bebola ikan dan udang, masak atas api perlahan.
2.      Untuk mi: Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan mi. Bila lembut, angkat dan tuskan.
3.      Panaskan separuh minyak, tumis bawang putih. Bila garing, angkat.
4.      Masukkan mi, cuka, sos ikan dan garam. Kemudian angkat.
5.      Panaskan baki minyak, goreng daging, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Angkat.
6.      Untuk sambal: Kisar semua bahan hingga lumat.
7.      Untuk menghidang: Letak mi dalam pinggan, taburkan daging, bebola ikan, udang, daun bawang dan sambal kicap.
8.      Campurkan sup dengan daun sup, hidangkan dalam mangkuk berasingan. Renjiskan dengan minyak bawang putih goreng.

** Antara 99 resipi di dalam buku '100 JUADAH PERAYAAN'

Post a Comment

sis,
agak mencabar nak baca 'cara membuat' tu.. :-)