0
Bertempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 29 Jun 2012 yang lalu, telah berlangsung majlis BICARA KARYA buku Air Mata Raja. Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun DBP ke-56 (1956-2012).

Saya bersama penulis bersama buku tersebut, Prof Shaharudin Datuk Hj Ali berkongsi pelbagai pengalaman kami di bawah tajuk 'Proses Kepengarangan Air Mata Raja' dan menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh Pengerusi, Pn Rozninah.
Turut hadir, Pn Halilah (editor Air Mata Raja), Pn Kamariah, Pn Asiah (bertudung merah muda) dan Prof Dr Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP, bersongkok) yang sudi menyampaikan cenderamata kepada kami.
Buku ini setebal hampir 1000 halaman dan berharga RM55, boleh dibeli di Koperasi Buku, DBP atau hantarkan e-mel kepada rajamenangis@gmail.com untuk pesanan melalui pos.
Ini adalah sebahagian aturcara promosi buku epik-sejarah yang mengambil masa 3 tahun untuk ditulis kerana ia melalui proses kajian, temubual, lawatan dsbnya. 
Semoga mereka yang sudi membacanya mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu melalui buku tersebut.

Post a Comment