4

4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar minyak
Garam, gula secukupnya
Daun pisang, aluminium foil

Bahan kisar (dengan 100 ml air)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm kunyit
2 biji cili merah, dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili
1 cm belacan, dibakar
Jus dari 1 biji limau nipis

Cara membuatnya
1.      Lumur ikan dengan garam. Biar 20 minit.
2.      Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3.      Masukkan sos cili Thai. Kacau rata.
4.      Bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula. Angkat.
5.      Letak sehelai daun pisang di atas foil.
6.      Sudukan sedikit kuah. Letak seekor ikan. Bubuh lagi kuah di atasnya.
7.      Taburkan daun limau purut. Bungkus kemas.
8.      Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200 C selama 30 minit atau hingga masak.
9.      Boleh juga dipanggang di atas bara api atau dimasak atas kuali leper.


Post a Comment

0810jejeEn basket nike air jordan gar?on 1984, Michael Jordan a signé avec Nike Shox Qualify pour promouvoir Air air jordan bebe soldes Jordans. Les variations de couleur ne sont chaussures de running femme internationalist wmns nike rien d'exceptionnel. Avec un indice de dureté basket nike free run 2 gris blanc de 56-58 HRC, le mélange d'acier au carbone modéré Air Jordan 3 Homme et à très faible teneur en chrome asics gel lyte iii noir homme permet à la lame de porter parfaitement son basket nike air max homme en solde tranchant.