0
 Pada 19 Mei 2012 yang lalu saya dijemput menjadi panel dalam Forum bertajuk 'Kacau Bilau Bahasa dalam Karya Kreatif' anjuran Fakulti Media Massa, Universiti Teknologi MARA. Ia berlangsung di auditorium Fakulti Kejuruteraan, Shah Alam.

Banyak hujah bernas telah diutarakan oleh para panel yang terdiri daripada seorang wartawan tv yang telah menghasilkan beberapa buah buku dan penerbit buku-buku Indie yang sedang meningkat popular. Apa yang menarik minat saya adalah 'kelahiran' buku-buku Indie yang mengketengahkan pelbagai idea 'di luar kotak' yang boleh merangsang kreativiti minda pembacanya. Sungguhpun demikian, dari segi bahasa, ia agak 'lari' daripada biasa dan ini mungkin sukar diterima oleh kebanyakan pembaca novel 'konvensional'.

Terima kasih kepada Fakulti Media Massa dan Grup Buku Karangkraf yang telah sudi menjemput saya ke forum tersebut. Ia berjaya memberi pendedahan tentang kewujudan 'kacau-bilau' dalam sesetengah karya dan kenapa keadaan ini perlu dipantau demi kejituan Bahasa Melayu.

Post a Comment