0

500gm kambing, dipotong kiub
1 paket Perencah Masak Merah SERI-AJI®
60ml minyak
1 sudu teh halia tumbuk
1 sudu teh bawang putih tumbuk
1 biji tomato, dibuang kulit, dicincang
2 sudu besar rempah kari
400-450 ml air
1½ sudu besar stok ayam
Sedikit  garam
Air (ikut sukatan diberi di bawah)
500gm beras Basmathi, direndam 20 minit
1 sudu besar puri tomato

Bahan A
1 labu bawang besar, didadu
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara membuat
1. Perap kambing dengan
Perencah Masak Merah SERI-AJI® selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, tumis A hingga wangi. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau 1 minit.
3. Bubuh pula campuran kambing. Masak hingga berubah warna.
4. Bubuh tomato, rempah kari dan air.
5. Bila mendidih, perlahankan api dan tutup periuk.
6. Biar hingga kambing empuk kemudian masukkan stok ayam dan garam.
7. Padamkan api, keluarkan kuah ke dalam bekas penyukat. Tambah air menjadi 900 ml.
8. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras dan puri tomato.
9. Masak hingga air kering, letak kambing tadi di atasnya dan tanak seperti biasa.

Post a Comment