0
BIDANG penulisan sangat akrab dengan guru. Perjuangan dalam bidang penulisan sejak dahulu menggunakan mata pena dan mesin taip kini komputer terus semarak bagi menegakkan kebenaran dan mendaulatkan bidang pendidikan. 
Begitulah bidang perguruan sangat akrab dengan bidang penulisan. Justeru, salah seorang pelopor dan perintis kepada penulis guru ialah Za'ba yang banyak menyumbangkan tulisannya dalam bentuk buku, rencana dan juga karya sastera. Beliau menjadi perintis dan pembuka ruang kepada guru-guru untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan. 
Melaluinya bidang sastera berkembang luas dan menjadi wadah kepada pembangunan bangsa dan negara. Za'ba adalah nama pena untuk Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 bersamaan 26 Rabiul Awal 1313 Hijrah di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Negeri Sembilan. Tradisi intelektual yang diwarisi oleh Za'ba daripada bapanya, Ahmad bin Ibrahim (1864-1927) yang dilahirkan di Linggi dan mendapat didikan agama serta pelajaran membaca dan menulis jawi daripada bapa saudara sepupunya, Haji Jamaluddin bin Haji Idris.
Sila baca lagi di sini.

Post a Comment