0
 

Mulai Isnin 04 Jun 2012, sempena PANTAI TIMUR PROMOTION DELIGHT 2012 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, saya dijemput sebagai Guest Chef dan akan menyediakan beberapa juadah Pantai Timur yang terkenal dengan keenakannya. Terima kasih pada pihak hotel (dengan kerjasama Cik Sharah dari Grup Buku Karangkraf) yang memberi kepercayaan kepada saya. 
Jemput semua menjamu selera masakan Pantai Timur di hotel tersebut dari 04 hingga 08 Jun 2012 dan 11 hingga 15 Jun 2012. Juadah buffet mula dihidangkan dari jam 12 tghari. Ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam, Laksa Terengganu, Beko Pulut, Kuih Tukil, Cek Mek Molek dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang ini, ya!

Post a Comment