0
Saya dengan ini berbesar hati dan penuh sukacitanya menjemput semua ke MAJLIS BICARA KARYA yang akan dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka sempena ulang tahun penubuhan DBP yang ke-56. 
Tajuk Bicara Karya: Proses Kepengarangan AIR MATA RAJA 
Tarikh: 29 Jun 2012 (Jumaat) 
Jam: 9.00 pagi - 12.00 tghari 
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP. 
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir. Buku ini adalah karya bersama saya dengan Shaharudin Datuk Hj Ali (mantan CEO Institut Terjemahan Negara Malaysia, sekarang ITBM). Sama-sama kita menimba ilmu sambil mendapat manfaat, insyaAllah.

Post a Comment