2
Lapisan Coklat:
110 gm coklat masakan, dipotong
90 gm mentega
2 biji telur
100 gm gula kastor
60 gm tepung berserbuk penaik
1 camt vanila
40 gm gajus panggang, dicincang

Lapisan biasa
30 gm mentega
80 gm krim keju
30 gm gula kastor
1 biji telur
40 gm tepung gandum
2 camb susu segar

Cara membuat
1. Alas dasar tin 18x18 cm dengan kertas kalis minyak. Lengserkan dengan majerin.
2. Cairkan coklat dan mentega secara double-boil. Ketepikan, biar sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula, pukul sebati.
4. Campurkan tepung berserbuk penaik.
5. Masukkan coklat, vanila dan gajus. Ketepikan sebanyak 2 camca besar.
6. Untuk lapisan biasa, pukul mentega dan krim keju.
7. Bila sebati, masukkan gula dan pukul lagi.
8. Campurkan telur, tepung dan vanila.
9. Ratakan adunan coklat ke dalam tin. Tuangkan adunan biasa.
10. Sudukan baki adunan coklat dan lorekkan menjadi marmar.

Post a Comment

kak,saya copy resepi ni juga untuk dicuba nanti..terima kasih kak..semua resepi kak menarik (^_^)

salam puan, nk bakar brp suhu dn brp lama..