2
Panduan Memeriksa Mata KEJARA
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem KEJARA?

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem Kejara
Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya. Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya. Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Pelaksanaan Sistem Kejara
Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.
Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya.

Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara
Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit
Kali Pertama - lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan
Kali Kedua - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan
Kali Ketiga - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan
Lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.
Lesen P dibatalkan apabila mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.

Penalti : Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM1,000.00 atau enam(6) bulan penjara

Pemberian Bonus
Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Kesalahan kesalahan terjadual dan mata demerit yang dikenakan
Bil Kesalahan ~ Mata Demerit

01 Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah. ~ 15
02 Memandu dengan melulu atau membahayakan. ~ 15
03 Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa. ~ 15
04 Perlumbaan haram ~ 15
05 Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis. ~ 15
06 Gagal mematuhi lampu isyarat. ~ 10
07 Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan
- melebihi 40 km/j ~ 10
- melebihi 26 km/j - 40 km/j ~ 8
- melebihi 1 km/j - 25 km/j ~ 6
08 Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa memotong ~ 8
09 Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis . ~ 8
10 Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki ~ 8
11 Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan ~ 8
12 Gagal berhenti di persimpangan ~ 8
13 Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan ~ 8
14 Menggunakan kenderaan motor di jalan yang disekat ~ 5
15 Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas ~ 5
16 Mengunakan tayar botak ~ 5
17 Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus) ~ 5
18 Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :
i gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu ~ 5
ii gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut ~10
ii gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00 ~ 5

Info lagi di sini
Sumber : checksaman.blogspot.com

Post a Comment