1
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Anugerah Sastera Negara yang ke-11 kepada penyair Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala.

Kemala, 71, dipilih sebagai Sasterawan Negara kerana telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Majlis berlangsung di Mahkota Ballroom, Hotel Istana pada 20 Mac lalu. Penghargaan buat Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah sudi menjemput saya dan Prof Shaharudin Datuk Hj Ali (sebagai penulis bersama buku AIR MATA RAJA). Sila lawat laman web ini untuk keterangan lanjut tentang buku tersebut. Majlis yang bermakna itu sungguh meriah dengan pementasan, dendangan lagu-lagu berirama asli dan sajian pelbagai bangsa yang amat enak.

Post a Comment

Whats up! I just want to give an enormous thumbs up for the good information you have here
on this post. I can be coming again to your blog for extra soon.


My site; cost of plastic surgery procedures overseas