Monday, November 21, 2011

Pertemuan dengan KDYMM Sultan Pahang



Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengetua SMK Tg Afzan kerana sudi menjemput saya ke Majlis Cakna Kasih sempena Perasmian Dewan sekolah tersebut. Saya di antara murid tua dikategorikan sebagai 'Kemenjadian Murid' (berjaya dalam bidang diceburi).


Saya berkesempatan mempersembahan kepada KDYMM Sultan Pahang, beberapa buah buku hasil nukilan saya termasuklah buku Air Mata Raja karya bersama Prof Shaharudin Datuk Hj Ali, buku-buku masakan dan novel.





KDYMM Tuanku Sultan bercerita pengalaman baginda bersama saya, Pengetua SMK Tengku Afzan, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang.


KDYMM Sultan Pahang meraikan nyanyian koir pelajar sekolah di majlis yang cukup meriah itu. Tahniah kepada SMK Tengku Afzan kerana mempunyai dewan yang amat indah. Moga sekolah lama saya (1975-77) terus cemerlang dalam bidang akademik dll.





Thursday, November 10, 2011

Jadikanlah Amalan ...


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang membaca 'astaghfirullahal ‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih', nescaya diampuni dosanya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang". (HR At Tirmizi)

Friday, November 4, 2011

Biskut Aidil Adha

Bahan-bahan
180 gm gula aising
225 gm mentega – dibiar lembut
1 biji telur
1 sudu teh vanila
½ sudu teh esen badam
370-380 gm tepung gandum
1 sudu teh soda penaik
½ sudu teh garam

Bahan Aising
1 biji putih
telur
180-200 gm gula aising
Pewarna merah, hijau, kuning
Manek perak

Cara membuat
1. Satukan gula aising, mentega, telur, vanila dan esen badam.
2. Masukkan tepung, soda penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh.
3. Canai antara dua lapisan plastik menjadi setebal 5 mm.
4. Terap dengan acuan berbentuk masjid, kopiah, bulan, bintang dan sebagainya. Atur atas tin pembakar beralas kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit. Biar sejuk atas redai sebelum dihias mengikut suka.
6. Untuk aising. Pukul putih telur dengan kelajuan minima sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula aising.
7. Bila cukup kental, bahagikan dan campurkan dengan pewarna. Isikan ke dalam beg aising dan hiaslah biskut dengan motif-motif Aidil Adha.

Resipi asal daripada buku '100 Juadah Perayaan'.
Sila emel norzailina@yahoo.com untuk memesan secara online.
Boleh bank-in ke Maybank atau CIMB.
Maklumat lanjut tentang harga termasuk pos berdaftar akan diberikan melalui emel.

Terima kasih semua...

Thursday, November 3, 2011

Wukuf di Arafah

Hari Sabtu ini, 5 November 2011 adalah waktu Wukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam. Wukuf adalah waktu bilamana ketujuh-tujuh syurga dibuka, bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling afdal dalam setahun untuk berdoa dan bersembahyang. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, bertaubat dengan sesungguh hati dan penuh pengharapan. Wallahua'alam...

Wednesday, November 2, 2011

Dari Fail SPRM

Kolum tulisan saya 'DARI FAIL SPRM' bermula hari ini di akhbar Sinar Harian. Jom baca kisah 'Terperangkap' yg bakal memberikan kita pengetahuan / pengajaran tentang kes2 yg ditangani oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...