Thursday, October 27, 2011

SATE

Bahan Sate
400 gm daging ayam – dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
40 gm gula
lidi sate (direndam dengan air)
3 sudu besar minyak

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar }
1/2 sudu teh jintan manis } goreng tanpa minyak, tumbuk
1/2 sudu teh jintan putih }
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar santan
1 batang serai

Cara membuat
Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 4-6 jam. Cucuk ayam pada lidi sate. Renjiskan sate dengan minyak semasa membakar atas bara api.

Bahan Kuah
300 gm kacang tanah
80 ml minyak
2 sudu teh jintan putih } disangai & tumbuk
1 sudu besar ketumbar }
2 sudu besar air asam jawa
600 ml air rebusan daging
2-3 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
1 cm kunyit
2-3 sudu besar pes cili

Cara membuat
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak, buangkan kulitnya. Kisar halus separuh kacang tadi, tumbuk kasar bakinya. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan rempah tumbuk, kacau selama 2 minit. Bubuh kacang tanah, air asam jawa, gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih kemudian perlahankan api. Renihkan sehingga terbit minyak. Kuah perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.



Foto : malaysianfoodie.com

Sekadar Peringatan ...

Friday, October 21, 2011

Karnival di UiTM Puncak Perdana

Saya akan mengadakan Jualan Novel & Buku Masakan sempena Karnival Makanan Halal.
Tarikh : Ahad, 23 Oktober 2011
Tempat : Dewan Serbaguna, UiTM Kampus Puncak Perdana.
Masa : 3-7 ptg

**Jam 5-7 ptg ada Pertandingan Menghias Kek di mana saya akan menjadi salah seorang Jurinya. Jemput ramai2 datang memeriahkan karnival tersebut...

Thursday, October 20, 2011

SEMINAR MELAKA MERENTAS ZAMAN & PELANCARAN BUKU 'AIR MATA RAJA'

Pada hari Isnin 17 Oktober 2011 yang lalu, telah berlangsung 'Seminar Melaka Merentas Zaman' dan Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Ia dianjurkan oleh Institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain. Kelihatan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Tetamu Kehormat yang lain.

Upacara menggunting riben diikuti oleh menandatangani plak poster buku AIR MATA RAJA oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, disaksikan oleh Prof Shah dan saya. Terima kasih dari kami atas kesudian YAB melancarkan buku tersebut.
Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Tn Hj Khalik Sulaiman menyerahkan buku AIR MATA RAJA kepada YAB Ketua Menteri Melaka. Buku setebal hampir 1000 halaman ini adalah karya epik-sejarah yang telah mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.Mengabadikan kenangan sempena berakhirnya majlis Pelancaran Buku tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang (kanan sekali) serta warga IKSEP dan DBP yang bersama-sama menjayakannya.
Akhbar 'Melaka Hari Ini' pada hari selasa, 18 Oktober 2011
telah menyiarkan berita tentang majlis tersebut.

Tuesday, October 11, 2011

Poster '100 Juadah Perayaan'

Sudah ada di pasaran!! Dapatkan di kedai buku berdekatan.
Mengandungi 100 resipi yg dihidangkan utk pelbagai perayaan di Malaysia
termasuk Hari Raya, Gong Xi Fatt Choi, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan. Harga cuma RM25.

Monday, October 10, 2011

Seminar Hulu Langat

Untuk teman2 sekitar Kajang, Persatuan Sejarah Msia Cawangan Selangor (PSMCS) akan mengadakan seminar, pertandingan mewarna, pameran, baca puisi, kempen tambah ahli dsbnya. Saya akan berada di sana utk menjual buku / cupcakes / biskut dll. Jom ramai2 serbu utk memeriahkn suasana..

Tempat : Dewan MPKj Bukit Mewah, Kajang, Selangor
Masa : 08.00 pagi - 2.00 ptg
Tarikh : Sabtu, 15 Okt 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Saturday, October 1, 2011

PAU KACANG

270 gm tepung pau
5 gm serbuk penaik
2.5 gm pemantap roti
8 gm lemak sayuran
¼ sudu teh ovalette
2 gm yis segera
25 gm gula kaster
130-135 gm air

Cara membuat:
1. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan pemantap roti.
2. Gaul dengan lemak sayuran dan ovalette.
3. Masukkan yis dan gula, kacau rata-rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh.
5. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan uli lagi selama 10 minit.
6. Bila doh menjadi kenyal, tutup dengan plastik.
7. Biar doh mengembang dua kali ganda. Uli menjadi saiz asal semula.
8. Bahagikan, bubuh inti. Letak atas kertas kalis minyak yang dipotong empatsegi.
9. Tutup dan biar kembang lagi. Kukus selama 15 minit atau hingga masak.

BUTTERPRAWNS KERISIK

700 gm udang harimau
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
200 gm mentega
50 gm marjerin
5 biji kuning telur, dipukul sedikit
15 ml susu cair
2 pelepah daun kari
4 biji cili padi, dihiris halus
¼ camt gula pasir
½ camt serbuk pati ayam

Cara membuatnya:
1. Perap udang dengan garam selama 20 minit.
2. Goreng dalam minyak panas hingga masak. Angkat.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega dan marjerin.
4. Bila mulai berbuih, masukkan campuran kuning telur dan susu cair.
5. Kacau dengan cara bertentangan dengan arah jam.
6. Bila mulai kekuningan, masukkan semua bahan lain.
7. Kacau lagi hingga keperangan kemudian angkat dan letak di dalam penyejat.
8. Gaul dengan udang goreng tadi dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...