Friday, August 26, 2011

'AIR MATA RAJA' SUDAH ADA...

Novel yang ditunggu telah terbit!!
Inilah buku karya Zai & Shali yang pertama. Untuk sinopsis, sila klik.

Pihak Kumpulan Rajamenangis menawarkan buku ini (harga asal RM55) secara online dengan diskaun 10% dan tambahan harga pos bergantung kepada alamat anda. Anda juga akan mendapat tandatangan penulis dan cop logo Rajamenangis.

Untuk memesan, sila emel nama dan alamat ke: rajamenangis@gmail.com. Kami akan beritahu kaedah pembayaran.

Dapatkan juga buku setebal 1000 halaman ini di Kedai Kooperasi Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (Jln Dewan Bahasa, K.Lumpur). Jika anda Rakan Dewan, anda boleh mendapat diskaun. Kami akan up-date kedai-kedai buku lain yang ada menjualnya dalam sedikit waktu lagi. Terima kasih atas sokongan anda.

Tuesday, August 23, 2011

PERIUK HANGUS @ TV3

Saya akan muncul di TV3 esok jam 10 pagi sebagai Juri dalam program PERIUK HANGUS... Jangan lupa saksikan kerana ia memang happening!!

Program realiti masakan yang dihoskan oleh Chef Zam dan Aszrul ini menyaksikan 8 pasangan selebriti tanahair ‘berentap’ menonjolkan bakat memasak seperti seorang chef profesional dalam menyediakan menu istimewa Hari Raya. Setelah mengetahui resipi tersebut, mereka dikehendaki membeli bahan-bahan dengan sejumlah duit untuk memasak.

Sesi penyingkiran akan diadakan pada setiap episod. Hanya 2 pasangan selebriti akan beraksi di episod akhir untuk bergelar juara “Periuk Hangus” dan seterusnya memenangi hadiah wang tunai. Antara selebriti-selebriti yang menjayakan program tersebut ialah Amanda Misbun, Munif Isa, Azam Pitt, Syakilla Khorairi, Sharifah Shakina, Allana Amir, Raja Azura, Zul Yahya, Farhan, Zoey, Shasha Saidin, Ana Dahlia, Zulin Aziz, Shera Ayob dan Raja Azura.

Monday, August 22, 2011

OBSES DGN BUKU?

Temu Mesra Penulis Secara Live
NORZAILINA NORDIN & WEEDA AIRIZA
Di RAMADHAN CHARITY BAZAAR

pada 23 Ogos 2011 (Selasa) Jam 12.00 Tengah Hari - 2.00 Petang Bertempat Di Pusat Sumber Petroleum Petronas. Jom datang beramai-ramai...


Sunday, August 21, 2011

TAT NANAS

150 gm mentega
100 gm marjerin
70 gm gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camca teh vanila
340-360 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
jem nenas secukupnya, dibentuk bujur
2 biji kuning telur, untuk sapu

Bahan jem
500 gm parutan nenas
180 gm gula kastor
1 batang kulit kayu manis

Cara membuatnya:
1. Untuk jem: Jerang semua bahan atas api sederhana hingga mendidih.
2. Perlahankan api. Kacau tanpa henti hingga agak kering dan pekat. Angkat dan biar sejuk.
3. Pukul mentega, marjerin, vanila dan gula hingga sebati.
4. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata.
5. Campur kedua-dua jenis tepung, gaul menjadi doh.
6. Ambil sedikit, letak di dalam acuan dan tekan menjadi jalur.
7. Letak jem pada hujungnya dan gulungkan kemas. Kemuduan potong.
8. Atur atas tin pembakar yang sudah dilengser dengan marjerin. Sapu dengan kuning telur.
9. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keemasan.

Saturday, August 20, 2011

BUKU MASAKAN TERBARU !!!

SETIAP kali menjelang perayaan pastinya akan diraikan dengan meriah dan diwarnai dengan pelbagai adat resam mengikut kepercayaan masing-masing. Pastinya juadah dan hidangan basah atau kering menjadi sajian utama dalam sesuatu perayaan. Pelbagai makanan tradisi menjadi pilihan untuk meraikan kedatangan bulan-bulan perayaan tersebut.

Di dalam buku ini mengandungi 100 hidangan perayaan bagi setiap kaum iaitu perayaan bagi umat Islam, perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Krismas, perayaan Deepavali dan perayaan bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Pelbagai resipi tradisional dan moden digabungkan di dalam buku ini. Oleh itu, jadikan buku ini sebagai teman rujukan anda ketika memasak.

Pesan Melalui eksekutif pengedaran Grup Buku Karangkraf:
Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) abdul.halim@karangkraf.com.my & Raqib (013-6554415) muhammad.raqib@karangkraf.com.my
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) hanapi.abdullah@alaf21.com.my & Saiful Azlan (012-3412411) saiful.azlan@alaf21.com.my
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) mohd.azam@alaf21.com.my & Ibrahim (019-2766876) ibrahim.johari@alaf21.com.my
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) fadzli@karangkraf.com.my
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Ms. Liza (03-5101 3684) nor.azliza@alaf21.com.my

ATAU BUAT ORDER SECARA ONLINE: http://mall.karangkraf.com/index.asp

ps: TERIMA KASIH BUAT SEMUA YG MEMBERI SOKONGAN.
SELAMAT MEMASAK.....

Program Bersama Adam FC & Mydin USJ

Anak-anak Yatim Baitul Fiqh bergambar bersama Adam & VIP.
Saya bersama anak angkat, Aliya. Selama 2 jam saya mencarikan
baju-baju hari raya, kasut, tudung dll. Aliya sangat manja dan
menangis bila hendak pulang.
Saya bersama Adam & VIP. Anak-anak muda yang terkenal
dengan lagu 'Lagu Sedih'. Mengiringi anak-anak yatim membeli
keperluan hari raya adalah program tahunan anjuran bersama Mydin USJ.
Saya sempat menjadi 'mangsa' kena terjah oleh krew MHI (TV3)
yg ingin tahu tentang persiapan hari raya.
Bersama Aliya & kakak2nya yg seramai 4 orang.
Seronok melihat mereka memilih baju dll utk Syawal.

Wednesday, August 10, 2011

EATING FRESH FRUITS

This is very informative! We all think eating fruit means just buying fruit, cutting it up and popping it into our mouths. It's not that easy. It's important to know how and when to eat fruit.

What's the correct way to eat fruit? IT MEANS NOT EATING FRUIT AFTER A MEAL! FRUIT SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.

Eating fruit like that plays a major role in detoxifying your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities..

FRUIT ARE THE MOST IMPORTANT FOOD.
Let's say you eat two slices of bread, then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it's prevented from doing so.

In the meantime, the whole meal rots and ferments, and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach, and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.

Eat your fruit on an empty stomach, or before your meal! You've heard people complain: Every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc. This will not happen if you eat the fruit on an empty stomach. Fruit mixes with the putrefying other food and produces gas. Hence, you bloat!

Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes - all of these will NOT happen if you eat fruit on an empty stomach.

There's no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruit becomes alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruit, you have the Secret of Beauty, Longevity, Health, Energy, Happiness and normal weight.

When you need to drink fruit juice drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't drink juice that has been heated. Don't eat cooked fruit; you don't get the nutrients at all. You get only the taste. Cooking destroys all of the vitamins.

Eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit-fast to cleanse your body. Eat fruit and drink fruit juice for just 3 days, and you will be surprised when your friends say how radiant you look!

KIWI: Tiny but mighty, and a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange!

AN APPLE a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C, thereby helping to lower the risk of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

EATING 2 - 4 ORANGES oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones, and reduce the risk of colon cancer.

WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. Also a key source of lycopene, the cancer-fighting oxidant. Also found in watermelon: Vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene, good for your eyes.

Drinking Cold water after a meal = Cancer!
Can u believe this? For those who like to drink cold water, this applies to you. It's nice to have a cold drink after a meal, however, the cold water will solidify the oily stuff that you've just consumed, which slows digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks.
HEART ATTACK PROCEDURE
Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they're asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Be careful, and be aware. The more we know, the better our chance to survive.

A cardiologist said if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. It may even be your own life!

Tuesday, August 9, 2011

RABU DI TV ALHIJRAH

Saya akan muncul dalam rancangan 'Resipi Umi' di TV Alhijrah (Astro Ch:114) esok (Rabu, 10 Ogos 2011) jam 5.30 ptg. Saksikanlah dua resipi yang saya sediakan khusus untuk berbuka puasa.

Rancangan istimewa terbitan Hot Screen ini juga memuatkan panduan daripada Pakar Pemakanan PPUKM dan diselitkan dengan hadis atau Ayat-ayat Al-Quran sebagai panduan kepada muslimin dan muslimat dalam mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia selain dapat dijadikan amalan untuk membina keluarga yang sejahtera, insyaAllah.

Sunday, August 7, 2011

BEKALAN BERKEKALAN

Enam perkara yang mampu memberi ganjaran setelah kita meninggal dunia :

1) Berikan senaskhah Al-Quran kepada seseorang. Bila dia membacanya, kita diberi pahala.
2) Sedekahkan kerusi roda kepada hospital. Setiap kali seorang pesakit menggunakannya, kita mendapat ganjaran.

3) Bekerjasama dalam membina masjid.
4) Meletakkan 'water-cooler' di tempat awam.
5) Tanam sebatang pokok. Kita mendapat ganjaran setiap kali seorang manusia atau binatang berteduh di bawahnya atau memakan (daun atau buah).
6) Berkongsi ilmu ini dengan seramai yang boleh. InsyaAllah jika salah seorang mengamalkan apa yang tertulis, kita akan mendapat pahala...

Saturday, August 6, 2011

SOLAT SUNAT AWWABIN

SOLAT SUNAT AWWABIN ini dapat menjaga dan memelihara keteguhan iman seseorang, di samping menghapuskan dosa dan mendapat banyak pahala. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya:

Sesiapa solat selepas solat Maghrib enam rakaat sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan baginya segala dosanya selama lima puluh tahun. Waktu solat ini diamalkan ialah di antara Maghrib dan Isyak. Bilangan rakaatnya ialah empat rakaat (dua salam) atau enam rakaat (tiga salam). Sebelum mendirikan solat, disunatkan membaca doa berikut (saya tulis maksud doa itu saja):

Ertinya: Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tuliskan dalam rekodku sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya tiada TUHAN yang lain melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu hamba-NYA dan utusan-NYA, kalam itu benar. Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti akan datang tidak ragu lagi. ALLAH akan bangkitkan mayat dari kubur, ya ALLAH aku simpankan di sisi-MU penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan kepadanya. Ya ALLAH, simpankanlah dengan amalan, ampunkanlah dengannya dosaku, beratkanlah dengannya timbanganku yang baik dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenankanlah untukku, ya ALLAH yang sangat pemurah.

Lafaz niat dan kaedah/bacaannya.
(a) Pada dua rakaat pertama
Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin serta memelihara iman, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surah Al-fatihah pada tiap-tiap rakaat, baca surah:
- Al-Qadr sebanyak 1 kali.
- Al-Ikhlas sebanyak 6 kali.
- Al-Falaq sebanyak 1 kali.
- An-Naas sebanyak 1 kali.

Selesai memberi salam, baca doa yang bermaksud: Ya, ALLAH, sesungguhnya aku menyerahkan imanku kepada peliharaan-MU, maka imanku itu semasa hidupku, semasa matiku dan selepas matiku. Sesungguhnya ENGKAU Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

(b) Pada dua rakaat kedua
Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surat Al-fatihah pada rakaat pertama, baca surah:
- Al-Kafirun sebanyak 1 kali

Selepas membaca surah Al-fatihah pada rakaat kedua, baca surah:
- Al-Ikhlas sebanyak 1 kali

(c) Pada dua rakaat ketiga
Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin dan Istikharah, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surat Al-fatihah pada rakaat pertama, baca surah:
- Al-Kafirun sebanyak 1 kali

Selepas membaca surah Al-fatihah pada rakaat kedua, baca surah:
- Al-Ikhlas sebanyak 1 kali

Selepas memberi salam, bacalah doa ini: Ertinya: Ya ALLAH, pilihlah untukku barang yang padanya kebaikan dan keelokan pada urusan agamaku dan duniaku, dengan rahmat ENGKAU wahai TUHAN yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Thursday, August 4, 2011

NASI KHABSA KAMBING

Bahan Nasi:
500g daging kambing bertulang
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 biji tomato, dikisar
2 sudu besar tomato puri
10g kulit limau kering, direndam 10 minit
1½ sudu besar rempah khabsa*
500g beras basmati, direndam 30 minit
½ batang lobak merah, diparut memanjang
50g kismis

*Bahan Rempah Khabsa:
1 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
1½ sudu besar buah pelaga
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Sos (dikisar):
3 biji tomato
4 biji cili hijau
5 tangkai daun ketumbar
1-2 sudu besar jus lemon
Garam, gula secukupnya

Cara membuat:
1. Untuk rempah. Goreng kering 5 bahan pertama. Bila terbit bau, angkat dan kisar halus. Campur dengan rempah lain. Simpan dalam bekas kedap udara.
2. Rebus kambing dengan air sehingga empuk. Sukat air rebusan, tambah air biasa sehingga 900 ml.
3. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar.
4. Bila terbit bau, masukkan buah tomato, tomato puri, kulit limau dan rempah khabsa. Kacau 2-3 minit.
5. Kemudian masukkan beras, air, lobak merah, kismis dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kering airnya.
6. Letak kambing di atas nasi, tutup periuk dan perlahankan api. Setelah 10 minit, bolehlah diangkat.

Monday, August 1, 2011

Snow Almond Cookies

Bahan A
110 gm mentega
20 gm lemak sayuran
50 gm gula aising
1/2 sudu teh esen kopi
1/2 biji kuning telur

Bahan B
130-140 gm tepung gandum
25 gm nestum, dikisar
1 sudu besar susu tepung @ horlicks
35 gm tepung ubi @ kanji
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan
serbuk roti putih
200 gm coklat masakan, potong kecil
1 sudu teh lemak sayuran @ mentega

Cara membuat
1. Pukul mentega, lemak sayuran dan gula.
2. Bila sebati, masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
3. Masukkan B dan uli perlahan.
4. Ambil sedikit, bentukkan bulat.
5. Susun atas tin pembakar berlenser marjerin.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 20-25 minit. Biar sejuk atas redai.
7. Bila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan.
8. Kemudian salut dengan serbuk roti putih.
9. Untuk mencairkan coklat masakan. Letak hirisan coklat dan lemak sayuran dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk atas air mendidih perlahan. Kacau sehingga cair.

Foto ehsan kiacookies.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...