Pada 15 Mei 2011 saya menerima pesanan buku seperti berikut, malangnya tiada nama pengirim. Pembayaran telah dibuat. Harap yang membuat pesanan, mengirimkan alamat penuh & nama ke emel saya, norzailina@yahoo.com. Sekian, terima kasih.
BUKU PESANAN
1. Variasi Masakan Utara
2. Variasi Masakan Selatan
3. Rahsia Dapur
4. Kompilasi Masakan Berkuah
A Dimension Where You Can Play With Your Senses. May Not Only Be Seen By The Eyes But Also By The Heart.
Saturday, July 30, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Rabu : Shooting 'Hangatkan Dapur Bersama Gua'
Sungguh happening bila dua DJ Hotfm (Faizal Ismail aka FBI & Syed Mohamad Asri aka Usop Wilcha) berkunjung ke rumah untuk rakaman program sempena Ramadan. Lihatlah aksi mereka sebelum 'berbuka puasa'.Maklumat berkenaan Facebook
Salam semua,
Facebook saya dah mencapai maksima dan tak boleh add rakan baru lagi.
Jika ingin ikuti saya di Facebook, sila klik LIKE di sini, ya...
Terima kasih.
Facebook saya dah mencapai maksima dan tak boleh add rakan baru lagi.
Jika ingin ikuti saya di Facebook, sila klik LIKE di sini, ya...
Terima kasih.
Labels:
tip penulisan
Isnin : Shooting utk 'Resipi Ummi' TV Al-Hijrah
Bersama krew Hot Screen setelah tamat shooting sepanjang hari.Mereka sangat 'happening' dan 'friendly'...
Merakamkan buku-buku masakan dan novel utk rancangan ygbakal ke udara pada minggu kedua Ramadan.
Nazifa (anak bongsu, beruniform) turut menjadi 'pelakon' bersama sayadalam segmen intro. Suspens dia, hehe.
Labels:
shooting
Thursday, July 21, 2011
Kek Coklat Moist Kukus
3 biji telur Gred A1/2 sudu teh butter vanila
Bahan A
140 gm gula perang
250 ml susu coklat
250 ml minyak
50 gm serbuk koko
150 gm susu pekat
Bahan Ayak
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
Cara membuat
1. Jerang A atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar sejuk sedikit.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Kacau sehingga sebati. Ulangi dengan 1/3 bahagian lagi.
6. Tuangkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
7. Tutup atas tin dengan foil. Kukus atas api sederhana selama 1 jam.
Chocolate Topping
Bahan-bahan
250 gm cokat masakan, dipotong kecil
3 sudu besar whipping cream atau susu cair
3 sudu besar mentega
Cara membuat
1. Untuk topping. Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan.
3. Bila coklat mulai cair, angkat dan kacau agar sebati. Tuangkan ke atas kek. Jika terlalu cair, biarkan suam supaya menjadi pekat.
Foto: ladyvanillakicthen.blogspot.com
Labels:
manisan
Thursday, July 7, 2011
NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!!
Inilah buku hasil karya Shali dan Zai, pengelola blog rajamenangis (www.rajamenangis.blogspot.com) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku 1000 halaman ini, yang mengambil masa tiga tahun untuk kajian, wawancara, penulisan dll akan berada di pasaran tidak lama lagi. Ia berkisar tentang kisah yang diadaptasikan daripada buku SEJARAH MELAYU, julung-julung kalinya dipersembahkan ke dalam bentuk novel. Shali, seorang peguam dan Zai, seorang novelis, meski pun daripada bidang yang berbeza, telah menggandingkan kekuatan masing-masing dan bersatu tekad dalam menzahirkan sebuah karya yang sarat dengan debaran daya juang, yang manis dengan korban cinta, yang merah dengan kisah tempur dan yang indah dengan alunan bahasa.SINOPSIS Karya yang menjanjikan kelainan dalam seni penulisan dan yang mencetuskan satu kemungkinan dalam sejarah tanah Melaka. Karya ini melakar pewarisan sebuah kesultanan yang telah sirna pada hakikatnya; kita dibawa mengintai ke alam mitos namun tetap berpijak di bumi nyata. Pentas kehidupan bak sandiwara yang wujud gembira dalam duka, ria dalam lara. Di celah-celah bait dan ungkapan, kita melarik yang fantasi dan yang realiti; di sini kisah raja akan dibaca rakyat jelata.
Karya ini mengisahkan pelbagai peristiwa sebenar yang dialami oleh Datuk Paduka Bendahara Raja Tun Seri Lanang ketika menulis karya besar SEJARAH MELAYU. Di penghujung kesaksian Tun Seri Lanang, maka bermulalah satu perjalanan liku hidup pewaris Sultan Mahmud Syah, Melaka selama 500 tahun yang merentasi dimensi masa dan peradaban, saling berputar antara realiti sedar dan impian mistik dunia Melayu.
Ia sebuah nukilan yang bersandarkan kepada kisah-kisah sebenar dalam sejarah kita; lantas menjanjikan unsur-unsur kemelayuan yang penuh debaran yang memaku perhatian si pembaca sehingga ke akhirnya. AIR MATA RAJA menyuntik semangat - biar siapa pun kalian; tidak kira di mana pun berada. Ia lambang sebuah perjuangan yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti. Namun, tetap wujud. Maka carilah ia.
Labels:
buku-buku
Wednesday, July 6, 2011
BUKU TIP DI DAPUR
Promosi terbaik untuk buku-buku yang saya hasilkan,terbitan Grup Buku Karangkraf. Buku Bijak Memasak juga
mengandungi resipi-resipi masakan yang enak. Petua turut
diberikan untuk pelbagai masalah masakan yang sering membuatkan
sesuatu masakan itu tidak menjadi dengan sempurna.
InsyaAllah, kebanyakan Rahsia Dapur tidak lagi menjadi rahsia
selepas mendapatkan kedua-dua buah buku ini...
Labels:
buku-buku
Monday, July 4, 2011
Friday, July 1, 2011
Pencarian Chef Muda di Hotel Seri Malaysia, Melaka
Labels:
pertemuan
Subscribe to:
Posts (Atom)











