Saya akan berada di Hotel Seri Malaysia, Melaka pada 30 Jun 2011 sebagai Hakim Peraduan Pencarian Chef Muda anjuran bersama majalah Seri Dewi & Keluarga. Ada jualan buku masakan & novel, insyaAllah. Terima kasih kpd Editor Pengurusan Seri Dewi dan Keluarga, Pn Norlis Salusi atas jemputan.
A Dimension Where You Can Play With Your Senses. May Not Only Be Seen By The Eyes But Also By The Heart.
Sunday, June 26, 2011
Pencarian Chef Muda di Melaka
Saya akan berada di Hotel Seri Malaysia, Melaka pada 30 Jun 2011 sebagai Hakim Peraduan Pencarian Chef Muda anjuran bersama majalah Seri Dewi & Keluarga. Ada jualan buku masakan & novel, insyaAllah. Terima kasih kpd Editor Pengurusan Seri Dewi dan Keluarga, Pn Norlis Salusi atas jemputan.
Monday, June 20, 2011
TALAM KELADI BERLAUK
Bahan-bahan 200 gm keladi – dikiub
175 gm tepung beras
40 g tepung jagung
20 gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Bahan lauk
2 sudu besar minyak masak
200 gm udang – dikupas, dicincang
10 gm udang kering – direndam, ditumbuk
4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup }
3 tangkai daun bawang } dihiris
2 tangkai cili merah }
Garam secukup rasa
Bahan sos cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung }
80 ml air } campur
Garam secukup rasa
Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250 ml air
50 gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung } campur
60 ml air }
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
Cara membuat:
1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang sehingga berubah warnanya.
2. Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum. Angkat.
3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.
5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
8. Kukus sehingga ¾ masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.
10. Untuk Sos Cili: Kisar semua bahan sambil dikacau sehingga pekat.
11. Untuk Sos Kicap: Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.
Labels:
masakan
Saturday, June 18, 2011
Monday, June 13, 2011
Kelas Hiasan Kek
Saya akan mengendalikan Kelas Hiasan Kek (fondan - frills, riben, renda, hat; royal icing - piping styles), di Sitiawan, Perak.Tarikh : Ahad, 10 Julai 2011
Masa : 2-5 ptg.
Sila hubungi Miss Tang (056919308) jika berminat.
T/kasih semua.
Labels:
demo masakan
Thursday, June 2, 2011
Menjamu Selera di Kuching, Sarawak.
Mi Kolok antara sajian yg mesti dirasai. Untuk resipi,dapatkan di dalam buku ANEKA MI terbitan Alaf 21.
Mi Sup untuk sarapan. Kami ke Restoran Bunda di Satok.Pencicah cili berkicap memang menambah selera makan...
Kuih Jala salah satu kuih tradisional, dikenali dengan namaKuih Karas di sebelah utara semenanjung.
Pelbagai kuih-muih yg terdapat di pasar Serian yg terletak kira-kira 40 minit perjalanandari bandaraya Kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)



