Saturday, May 21, 2011

KARIPAP PUTAR

Bahan Inti:
1 labu bawang besar (dicincang)
300 gm daging/isi ayam (dicincang)

1 tangkai daun kari

3 sudu besar rempah kari
air secukupnya (untuk mengempuk daging)
350 gm kentang (didadu)

1 pokok daun sup (hiris halus)
garam secukupnya


Cara membuatnya:

1. Jerang enam bahan pertama serta garam di dalam kuali.

2. Kacau sekali-sekala hingga daging dan kentang empuk. Kuahnya biar pekat.

3. Masukkan daun sup dan kacau rata kemudian angkat. Biar sejuk.

Bahan Kulit (A):

450 gm tepung serbaguna

½ sudu kecil garam

3 sudu besar lemak sayur

230-240 ml air

Bahan Kulit (B):

250 gm tepung serbaguna

¼ sudu kecil garam

150 gm marjerin


Cara membuatnya:
1. Untuk A. Bancuh tepung, garam dan lemak sayuran. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli perlahan. Bentukkan 25 bebola.
2. Untuk B. Uli tepung, garam dan marjerin hingga sebati. Bentukkan 25 bebola kecil. Masukkan setiap satu ke dalam A.

3. Canai setiap bebola memanjang dan nipis, gulungkan kemas.

4. Canai semula memanjang, gulungkan sekali lagi dan potong dua.

5. Leperkan setiap satu, canaikan bulat. Terbalikkan dan isikan intinya. Kemudian kelim tepinya. Goreng hingga keperangan.


Sumber : Buku 'Kuih Melayu Pedas & Manis' terbitan Times Publishing.
Untuk pesanan pos, sila klik pada 'ORDER' di bawah foto buku (sebelah kiri).

Thursday, May 19, 2011

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
1 helai daun bay kering
400 gm daging kisar
400 gm tomato dalam tin – dikisar
500 ml air
2 sudu besar puri tomato
1 kiub stok daging
2 sudu besar oregano kering
500 gm spaghetti – direbus al dente
Parutan keju secukupnya
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Sumber : Buku Belajar Memasak 2, sila klik pada kulit buku untuk membuat pesanan secara online.

PIE TIE

Bahan kulit:
5 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
Garam secukupnya
1 biji telur Gred C, dipukul sedikit
240-250 ml air
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah, dicincang halus
200 gm hirisan lobak merah
200 gm hirisan sengkuang
60 ml air rebusan ayam
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan sos:
4 biji cili merah, dibuang biji
1 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
80-100 ml air masak
Gula, garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kulit. Tapiskan ke dalam mangkuk.
2. Panaskan acuan, celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan.
3. Untuk inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah.
4. Bila bawang keemasan, masukkan semua bahan lain. Kacau hingga kuahnya agak kering.
5. Kemudian angkat dan biar sejuk.
6. Untuk sos: Kisar semua bahan hingga sebati. Tambah sedikit air lagi jika perlu.

Sumber : Buku BELAJAR MEMASAK 2 terbitan Alaf 21.

Sepagi di Hotfm






















Bersama AG (kiri) & Faizal Ismail (FBI) di konti Hotfm. Hari ini tarikh lahir FBI, yang sudah saya kenali hampir 10 tahun.

Sempat bergambar di sisi poster besar kartun Boboi.
Beberapa poster lain misalnya drama bersiri Asmara 2 & Juvana juga terdapat di situ.
Cupcakes sempena Hari Ulangtahun FBI.
Mereka begitu ceria walau agak sibuk dengan tugasan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...