Friday, February 25, 2011

Brown Velvet ala Chef Lin

1/2 cawan mentega
1/2 cawan krim keju
1 3/4 cawan gula kaster
4 biji telur Gred A
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan dadih strawberi
1 sudu besar pewarna merah
2 sudu teh vanila

Bahan Ayak
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda penaik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan Aising 'Chef Lin'
160 g krim keju
120 g mentega
90 g krimwell
120 g gula aising

Cara membuat :
1. Pukul mentega, krim keju dan gula hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati.
3. Gaulkan susu dan dadih secara berselangseli dengan bahan ayak.
4. Setelah sebati, masukkan pewarna dan vanila.
5. Ratakan di dalam tin empatsegi berukuran 25 cm yang telah dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
6. Bakar pada 185 C selama 50 min atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk atas redai kemudian hias dengan aising.

Wednesday, February 16, 2011

Sekitar KARNIVAL KARANGKRAF 2011

Bersama Kak Yan, pembaca setia novel2 saya. Terima kasih.
Berpeluang beramah mesra dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Bersama Meen & Jihan
Dengan Saniah Abu Samah yg membeli buku Belajar Memasak 2
Bersama Pn Hjh Saadiah & Pn Hjh Sri Diah di Karnival Karangkraf 2011
Menandatangani buku masakan untuk pengunjung
Demo Masakan. TQ pada rakan2 novelis yg hadir beri sokongan.
Pn Hjh Saadiah, Pn Sharah, Lynn Dayana & Meen Zulaika
Adik-adik yang sentiasa menyokong & mengikuti kemunculan novel2,
setinggi-tinggi penghargaan yg mampu akak berikan.

Wednesday, February 9, 2011

TEMU MESRA

JEMPUT BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN
SUASANA. SAYA NANTIKAN KEHADIRAN KALIAN...

Tuesday, February 8, 2011

ATURCARA PROMOSI

Saya berbesar hati ingin menjemput kalian semua ke sesi Bertemu Penulis. Mereka yang membeli novel terbaru saya akan mendapat tandatangan dan cenderahati yang saya sediakan sendiri.

Berikut butir-butir lanjut:
Tempat : MPH, Mid Valley Mega Mall, K.Lumpur
Tarikh : Sabtu, 12 Februari 2011
Masa : 4-6 ptg

Jika ada kelapangan, harap sudi datang untuk beramah mesra. Selain novel, boleh juga dapatkan buku-buku masakan saya di MPH.
Terima kasih kepada semua... Jumpa di sana. InsyaAllah.

Saturday, February 5, 2011

SEMBILAN JENIS SYAITAN LAKNATULLAH...

ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

WATHIIN :
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

HAFFAF :
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dll.

MASUUD :
Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

DAASIM
( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

WALAHAAN :
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

LAKHUUS :
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Kaedah untuk mengelaknya dan seterusnya menjadi pendinding untuk mempertahankan diri.
1- Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2-Tidak melakukan dosa dan Maksiat

3-Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.

4-Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5-Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6-Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu ; أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...