6 biji putih telur
200 g gula kaster
500 g krim keju, pada suhu bilik250 ml krim putar6 biji kuning telur
100 g tepung gandum
1 camt strawberi emulcosedikit pewarna merah
1 camt coklat emulco
Cara membuatnya
1. Lengser tin 22 cm dengan marjerin, alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
2. Putar krim keju hingga halus. Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.3. Masukkan krim, kuning telur dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.4. Putar putih telur dengan baki gula hingga kental. Ketepikan.5. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata-rata.6. Bahagikan 3, bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian; coklat emulco pada satu bahagian lagi.
7. Sendukkan adunan secara berselangseli ke dalam acuan. Kukus selama 45-50 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.
ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI.Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?
Setinggi-tinggi penghargaan kpd Editor: Fuad Mansor, Tipografi & Rekabentuk Kulit: Marlya Mohd Isa & seluruh warga Alaf 21. Jasa kalian diingati sentiasa.
250 g tepung gandum, diayak1
camb pelembut roti
½ camt garam
11 g yis segera
90 ml susu suam50 g mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul50 g gula kastor
Inti
50 g mentega, dicairkan50 g gula perang
125 g kismis1 camt serbuk kayu manisGlis3 camb gula kastor
3 camb air
Cara membuat
1. Satukan tepung, pelembut roti dan garam di dalam mangkuk besar.2. Masukkan gula dan yis, gaul sebati.3. Campurkan semua bahan lain.4. Uli di atas papan pencanai yang ditaburi tepung selama 10 minit.
5. Bila doh licin dan menganjal, tutup dengan tuala lembap.6. Biar di tempat hangat selama 2 jam atau hingga naik dua kali ganda saiz asal.
7. Uli semula selama 2 minit.
8. Canai menjadi selebar 30 x 23 cm.
9. Sapu mentega cair dan taburkan gula, kismis dan serbuk kayu manis.
10. Gulung dan potong menjadi 9 keping.
11. Susun di dalam tin empatsegi 18 cm yang telah dilengser dengan lemak sayuran.
12. Tutup dan biar di tempat hangat selama 30 minit atau hingga kembang.
13. Bakar pada 200 C selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
14. Jerang gula dan air hingga mendidih. Biar mendidih 2 minit.
15. Sebaik saja ban dikeluarkan, sapu dengan air gula.
16. Ubah ke atas redai supaya sejuk.
CARA MEMBUAT LANGKAH DEMI LANGKAH ADA DLM BUKU 'BELAJAR MEMASAK 2' YG BERADA DI PASARAN KINI.