Monday, November 21, 2011

Pertemuan dengan KDYMM Sultan Pahang



Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengetua SMK Tg Afzan kerana sudi menjemput saya ke Majlis Cakna Kasih sempena Perasmian Dewan sekolah tersebut. Saya di antara murid tua dikategorikan sebagai 'Kemenjadian Murid' (berjaya dalam bidang diceburi).


Saya berkesempatan mempersembahan kepada KDYMM Sultan Pahang, beberapa buah buku hasil nukilan saya termasuklah buku Air Mata Raja karya bersama Prof Shaharudin Datuk Hj Ali, buku-buku masakan dan novel.





KDYMM Tuanku Sultan bercerita pengalaman baginda bersama saya, Pengetua SMK Tengku Afzan, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang.


KDYMM Sultan Pahang meraikan nyanyian koir pelajar sekolah di majlis yang cukup meriah itu. Tahniah kepada SMK Tengku Afzan kerana mempunyai dewan yang amat indah. Moga sekolah lama saya (1975-77) terus cemerlang dalam bidang akademik dll.





5 comments:

rahel said...

Salam Kak Norzailina...
wah bestnye..tahniah kak..

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Silalah ke blog saya. Terima kasih.

free diver said...

Congrats....

ilahjy said...

salam puan.. saya ilahjy
masih ingat lagi kah semasa kita berjumpa disurau hotel ROYALE CHULAN SEMALAM 2 dis 2011? dan kita bergambar di dlm lif hotel..terima kasih kerana sdui berbual dan bergambar dgn saya... saya dah update blog saya khas bersama chef...t.kasih..

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2011/12/cuba-teka-ilahjy-bersama-siapa.html

http://ilahmasakanku.blogspot.com

norzailina said...

Rahel,
Terima kasih, dik.

Hjh Noralenna,
InsyaAllah, nanti saya kunjungi.

Free Diver,
Thank u very much...

Ilahjy,
Ya, memang tak sangka. Thanks kerana sudi tegur saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...