3
Bahan-bahan
180 gm gula aising
225 gm mentega – dibiar lembut
1 biji telur
1 sudu teh vanila
½ sudu teh esen badam
370-380 gm tepung gandum
1 sudu teh soda penaik
½ sudu teh garam

Bahan Aising
1 biji putih
telur
180-200 gm gula aising
Pewarna merah, hijau, kuning
Manek perak

Cara membuat
1. Satukan gula aising, mentega, telur, vanila dan esen badam.
2. Masukkan tepung, soda penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh.
3. Canai antara dua lapisan plastik menjadi setebal 5 mm.
4. Terap dengan acuan berbentuk masjid, kopiah, bulan, bintang dan sebagainya. Atur atas tin pembakar beralas kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit. Biar sejuk atas redai sebelum dihias mengikut suka.
6. Untuk aising. Pukul putih telur dengan kelajuan minima sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula aising.
7. Bila cukup kental, bahagikan dan campurkan dengan pewarna. Isikan ke dalam beg aising dan hiaslah biskut dengan motif-motif Aidil Adha.


Resipi asal daripada buku '100 Juadah Perayaan'.
Sila emel norzailina@yahoo.com untuk memesan secara online.
Boleh bank-in ke Maybank atau CIMB.
Maklumat lanjut tentang harga termasuk pos berdaftar akan diberikan melalui emel.

Terima kasih semua...

Post a Comment

Aslmkum k.Norz...cantiknya biskut bunga tu...sekali tengok mmg tak perasan itu biskut...sayang nak mkn.
Nak ucapkan Slmt hari raya Aidiladha buat k.Norz sekeluarga..

Mamasya,

Terima kasih.
Moga diri mu sekeluarga sentiasa dipelihara Ilahi, insyaAllah...

Well, I do not really believe this will have success.
male sex dolls | realistic dildo | leather wrap bracelet