2
Bahan Sate
400 gm daging ayam – dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
40 gm gula
lidi sate (direndam dengan air)
3 sudu besar minyak

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar }
1/2 sudu teh jintan manis } goreng tanpa minyak, tumbuk
1/2 sudu teh jintan putih }
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar santan
1 batang serai

Cara membuat
Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 4-6 jam. Cucuk ayam pada lidi sate. Renjiskan sate dengan minyak semasa membakar atas bara api.

Bahan Kuah
300 gm kacang tanah
80 ml minyak
2 sudu teh jintan putih } disangai & tumbuk
1 sudu besar ketumbar }
2 sudu besar air asam jawa
600 ml air rebusan daging
2-3 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
1 cm kunyit
2-3 sudu besar pes cili

Cara membuat
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak, buangkan kulitnya. Kisar halus separuh kacang tadi, tumbuk kasar bakinya. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan rempah tumbuk, kacau selama 2 minit. Bubuh kacang tanah, air asam jawa, gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih kemudian perlahankan api. Renihkan sehingga terbit minyak. Kuah perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.



Foto : malaysianfoodie.com

Post a Comment

Selamat malam Kak Lina...tergoda pulak tengok sate tu...nanti akan ditry lagi resepinya,mekasih.

Rahel, terima kasih, sis...
Moga gembira selalu.