0
Bahan A
110 gm mentega
20 gm lemak sayuran
50 gm gula aising
1/2 sudu teh esen kopi
1/2 biji kuning telur

Bahan B
130-140 gm tepung gandum
25 gm nestum, dikisar
1 sudu besar susu tepung @ horlicks
35 gm tepung ubi @ kanji
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan
serbuk roti putih
200 gm coklat masakan, potong kecil
1 sudu teh lemak sayuran @ mentega

Cara membuat
1. Pukul mentega, lemak sayuran dan gula.
2. Bila sebati, masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
3. Masukkan B dan uli perlahan.
4. Ambil sedikit, bentukkan bulat.
5. Susun atas tin pembakar berlenser marjerin.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 20-25 minit. Biar sejuk atas redai.
7. Bila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan.
8. Kemudian salut dengan serbuk roti putih.
9. Untuk mencairkan coklat masakan. Letak hirisan coklat dan lemak sayuran dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk atas air mendidih perlahan. Kacau sehingga cair.

Foto ehsan kiacookies.blogspot.com

Post a Comment