2
Saya akan muncul di TV3 esok jam 10 pagi sebagai Juri dalam program PERIUK HANGUS... Jangan lupa saksikan kerana ia memang happening!!

Program realiti masakan yang dihoskan oleh Chef Zam dan Aszrul ini menyaksikan 8 pasangan selebriti tanahair ‘berentap’ menonjolkan bakat memasak seperti seorang chef profesional dalam menyediakan menu istimewa Hari Raya. Setelah mengetahui resipi tersebut, mereka dikehendaki membeli bahan-bahan dengan sejumlah duit untuk memasak.

Sesi penyingkiran akan diadakan pada setiap episod. Hanya 2 pasangan selebriti akan beraksi di episod akhir untuk bergelar juara “Periuk Hangus” dan seterusnya memenangi hadiah wang tunai. Antara selebriti-selebriti yang menjayakan program tersebut ialah Amanda Misbun, Munif Isa, Azam Pitt, Syakilla Khorairi, Sharifah Shakina, Allana Amir, Raja Azura, Zul Yahya, Farhan, Zoey, Shasha Saidin, Ana Dahlia, Zulin Aziz, Shera Ayob dan Raja Azura.

Post a Comment

Tak daye dah koi nyuke semalam nengok gelagat peserte2.

Nizam,

Memang sangat menghiburkan...

Selamat Hari Raya diucapkan, moga sejahtera & dilimpahi rahmat Ilahi, hendaknya...


Kak Zai