1
Bahan-bahan
200 gm keladi – dikiub

175 gm tepung beras

40 g tepung jagung
20 gm tepung gandum

1 liter santan (dari 1 biji kelapa)

Garam secukup rasa


Bahan lauk

2 sudu besar minyak masak
200 gm udang – dikupas, dicincang

10 gm udang kering – direndam, ditumbuk

4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng

3 tangkai daun sup }

3 tangkai daun bawang } dihiris

2 tangkai cili merah }
Garam secukup rasa


Bahan sos cili:

4 biji cili merah

1 sudu besar pes cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar gula

2 sudu besar jus limau nipis

1 sudu besar sos Hoisin
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung }

80 ml air } campur
Garam secukup rasa


Bahan Sos Kicap:

2 sudu besar taucu

250 ml air
50 gm gula pasir

4 sudu teh tepung jagung } campur

60 ml air }

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat


Cara membuat:

1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang sehingga berubah warnanya.

2. Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum. Angkat.

3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.

4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.

5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.

6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.

8. Kukus sehingga ¾ masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.

9. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.

10. Untuk Sos Cili: Kisar semua bahan sambil dikacau sehingga pekat.

11. Untuk Sos Kicap: Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

Post a Comment