7
1/2 cawan mentega
1/2 cawan krim keju
1 3/4 cawan gula kaster
4 biji telur Gred A
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan dadih strawberi
1 sudu besar pewarna merah
2 sudu teh vanila

Bahan Ayak
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda penaik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan Aising 'Chef Lin'
160 g krim keju
120 g mentega
90 g krimwell
120 g gula aising

Cara membuat :
1. Pukul mentega, krim keju dan gula hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati.
3. Gaulkan susu dan dadih secara berselangseli dengan bahan ayak.
4. Setelah sebati, masukkan pewarna dan vanila.
5. Ratakan di dalam tin empatsegi berukuran 25 cm yang telah dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
6. Bakar pada 185 C selama 50 min atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk atas redai kemudian hias dengan aising.

Post a Comment

kakNorz, alhamdulillah...boleh cuba juga nanti kek brown velvet.. bukan red velvet ya.. tak perlu letak cuka ke?

Assalamualaikum Kak.
Saya tidak pasti untuk membuat yang nombor 3: gaulkan susu dan dadih berselangseli.. boleh jelaskn. terima kasih..

wah sedapnya..sana sini orang ashik cerita tentang kek ni..
waduh tak tau kamu ada keluarkan novel terbaru..muga-muga dapat berjumpa lagi sebab best novel tu kamu sign

Kek ni adalah yg terbaik skali sbb saya suka toping dia tu.. hehehe lg tebal lg shahdu

As'salam Kak Norz

tr kasih kak sebab berkongsi akan resipi kek brown velved ni. Ct mintak izin ambil resipi ya.

semoga kak norz ceria dan sentiasa sihat2 selalu :)

SALAM KAK LIN, NAK TANYA MANA NAK DAPAT KRIMWELL DAN KALU TAK NAK LETAK DADIH CAMNA YE

kak lin ini tak de kaitan dengan kek tu tapi boleh tak kak lin terangkan pada saya kenapa bila saya buat roti, bila roti tu masak ada bau yis. saya tak letak bread improver. yis pakai mauripan