7
6 biji putih telur
200 g gula kaster

500 g krim keju, pada suhu bilik

250 ml krim putar
6 biji kuning telur
100 g tepung gandum

1 camt strawberi emulco

sedikit pewarna merah
1 camt coklat emulco


Cara membuatnya

1. Lengser tin 22 cm dengan marjerin, alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.

2. Putar krim keju hingga halus. Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.

3. Masukkan krim, kuning telur dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
4. Putar putih telur dengan baki gula hingga kental. Ketepikan.
5. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata-rata.
6. Bahagikan 3, bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian; coklat emulco pada satu bahagian lagi.
7. Sendukkan adunan secara berselangseli ke dalam acuan. Kukus selama 45-50 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.

Post a Comment

Salam kak Norzailina,
Kalau tak silap saya, ada satu dulu kak Lina postkan resepi yg seakan sama mcm ni...tp kukus secara berlapis2...yg tu dah 2x sy cuba...sedaap..sekali tu sy kukuskan berlapis2 dgn adunan brownies..lg sedap kak. Utk resepi ni kena kukus sekali harung la ya..lg senang..wajib dicuba satu ari nnt..sy copy dulu..jemput singgah dapur sy..tq

Cantik dan yummy boleh cubala. Nampak mengancam.

salam ..macam best ajer kek ni..insyallah nak cuba nanti.

wah bestnya novel dah keluar..tapi lagi best kalau dapat jumpa dan suruh kamu sign buku tu.

wah..menarik sgt kak... tergoda melihatnya

Pergh, tergoda. Nak try resepi ni nanti

Salam..sy da try buat kek ni...sedap sangat..tekstur lebih gebu n lembut berbanding yang bakar...mkn masa suam2 lagi sedap sb lembut gile...

Saya dah cuba tapi kek ni keras mcm bahulu dia x tender soft