2
250 g tepung gandum, diayak
1 camb pelembut roti
½ camt garam

11 g yis segera

90 ml susu suam

50 g mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul

50 g gula kastor

Inti

50 g mentega, dicairkan

50 g gula perang
125 g kismis

1 camt serbuk kayu manis

Glis
3 camb gula kastor
3 camb air


Cara membuat

1. Satukan tepung, pelembut roti dan garam di dalam mangkuk besar.

2. Masukkan gula dan yis, gaul sebati.
3. Campurkan semua bahan lain.
4. Uli di atas papan pencanai yang ditaburi tepung selama 10 minit.
5. Bila doh licin dan menganjal, tutup dengan tuala lembap.

6. Biar di tempat hangat selama 2 jam atau hingga naik dua kali ganda saiz asal.
7. Uli semula selama 2 minit.

8. Canai menjadi selebar 30 x 23 cm.

9. Sapu mentega cair dan taburkan gula, kismis dan serbuk kayu manis.

10. Gulung dan potong menjadi 9 keping.

11. Susun di dalam tin empatsegi 18 cm yang telah dilengser dengan lemak sayuran.

12. Tutup dan biar di tempat hangat selama 30 minit atau hingga kembang.

13. Bakar pada 200 C selama 20-25 minit atau hingga keperangan.

14. Jerang gula dan air hingga mendidih. Biar mendidih 2 minit.

15. Sebaik saja ban dikeluarkan, sapu dengan air gula.

16. Ubah ke atas redai supaya sejuk.

CARA MEMBUAT LANGKAH DEMI LANGKAH ADA DLM BUKU 'BELAJAR MEMASAK 2' YG BERADA DI PASARAN KINI.

Post a Comment