Tuesday, June 29, 2010

JANGAN LUPA ...

Dengarlah Radio 24 (93.9) jam 11.45 pagi,
saya akan berikan resipi serta menjawab
soalan masakan.

Dan jangan lupa saksikan TEMUJANJI
di Astro Awani (501)
jam 9.30 malam ini (selasa)...


Terima kasih kerana sokongan kalian !!

************************

Tuesday, June 22, 2010

KUNJUNGAN KE FRASER'S HILL

Taman bunga yang nyaman dan sungguh indah.
Berdekatan Food Garden.

Antara bunga-bungaan yang mekar di sana.
Panorama malam di kawasan bulatan terkenal di Fraser's Hill.
Mentari terbit di ufuk timur di puncak. Sekitar Silverpark Apartments.
Air Terjun setinggi 30 kaki di Jeriau, 4 km dari puncak Fraser's Hill.
Berlatarbelakang kawasan air terjun yang damai.
Tempat Air Terjun Jeriau bermula (dari atas).

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Kelebihan lain bulan Rejab:

* Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
* Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
* Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
* Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
* Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
* Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
* Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
* Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
* Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
* Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
* Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
* Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
* Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
* Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Wednesday, June 2, 2010

PERINGATAN

Seperti diceritakan oleh Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza:

Sdr Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini. Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini. Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel. So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...