Monday, May 31, 2010

Foto di SMK Saujana Impian

Di antara guru-guru yang sudi membeli novel dan buku-buku masakan. Keramahan kalian sesungguhnya meninggalkan kenangan manis dalam hidup saya. Selamat mendidik anak-anak bangsa 1Malaysia!

Menandatangani Buku Pelawat, disaksikan Pengetua, Pn Hjh Basinah yang sungguh mesra.
Teringat masa dulu-dulu mengajar di Sek Keb FELDA Mata Air, Perlis dan Sek Keb Beseri, Perlis. Hingga kini, ada bekas pelajar saya masih memanggil saya 'cikgu' bila bertemu.

Tuesday, May 11, 2010

KENANGAN 10 MEI 2010

Kelmarin hari yang bersejarah dalam hidup saya. Kebetulan saya dijemput sebagai Penceramah (Sepagi Bersama Penulis) di Sek Men Keb Saujana Impian sempena PROGRAM HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010.

Terima kasih kepada Pn Nahlia (Guru Perpustakaan dan Media) yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang novelis dan penulis buku-buku masakan. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Pengetua, Pn Hjh Basinah dan semua guru-guru yang telah melayani saya dengan sangat mesra sekali. Saya juga berpeluang beramah mesra dengan setiap pelajar (kelas demi kelas) yang datang ke Pusat Sumber. Ramai juga di kalangan mereka yang berminat dengan bidang penulisan.

Kenangan paling manis adalah bila 1,200 pelajar sekolah tersebut menyanyikan lagu harijadi buat saya dalam perhimpunan pagi Isnin mereka itu. Sesungguhnya, saya cukup terharu dengan sambutan yang diberi. Semoga kunjungan saya ke sana memberikan manfaat kepada semua, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...