Friday, March 19, 2010

KARNIVAL @ UITM, Puncak Perdana

Pada pagi Sabtu, jam 9.30 pagi, 27 Mac 2010, saya dijemput menjadi Hakim Pertandingan Menghias Kek di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana. Terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak yg sudi menjemput (terutama Pn Yana).

InsyaAllah, saya akan berkongsi pengalaman membuat buku Hiasan Kek atau Over The Top (tajuk B.Inggeris) dengan peserta2. Mudah2an kita mendapat manfaat. Sempena dengan kunjungan saya ke sana juga, jualan novel2 dan buku masakan turut diadakan. Ada diskaun menarik & mendapat tandatangan. Jumpa di sana...

Monday, March 15, 2010

Doa Bagi Yang Telah Berusia 40 Tahun

Allah swt berfirman: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa:

رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَ أَصلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِّى مِنَ الْمُسلِمِيْنَ

Rabbi awzi’nî an asykura ni’matakal latî an’amta ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya wa an a’mala shâlihan tardhâhu wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.

"Duhai Tuhanku, karuniakan padaku kemampuan untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk selalu beramal soleh yang Kau redhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada- Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Ahqaf/46: 15).

Thursday, March 11, 2010

Berkongsi emel yg saya terima ...

Assalamualaikum Puan Norzailina..

Saya suka sekali untuk bertanya dengan Puan mengenai beberapa perkara memandangkan Puan seorang wanita bekerjaya yang pastinya sibuk berbanding dengan saya yang hanya seorang surirumah (walaupun kerja rumah tak pernah habis..)

Saya mempunyai 2 orang anak perempuan, yang sulung sudah pun bersekolah di Pra Sekolah dan yang kecil baru berusia 2 tahun setengah. Persoalan saya ialah mengenai makanan tambahan/mind booster yang bagus untuk diberi kepada kanak kanak seperti anak perempuan saya, memandangkan tahun depan dia akan menaiki darjah 1 dan akan bersekolah agama juga. Selain daripada itu, anak saya juga agak lemah untuk mengeja dan masih belum pandai membaca dan ini amat merisaukan kami suami isteri

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa makanan tambahan yang ada di pasaran dan mudah di dapati..di sini saya senaraikan apa yang saya tahu dan agar Puan dapat memberi komen hendaknya.
INI HANYA PANDUAN SEPINTAS LALU KERANA SAYA BUKANLAH DIETITIAN ATAU DOKTOR KANAK2. ELOK BERIKAN MEREKA BANYAK SAYUR2AN HIJAU SPT BAYAM, HATI AYAM & RIADAH BERSAMA2 DI TAMAN PADA HUJUNG MINGGU. SELALU BERBUAL DENGAN MEREKA TENTANG POKOK, BINATANG DLL YG DITEMUI BILA AKTIVITI DI LUAR RUMAH.


* kismis sesuai untuk mereka
* madu dapat mengelak penyakit
* susu tepung yang diperkaya pelbagai vitamin dan zat galian paling penting bagi anak2 yg membesar
* Vitamin C elok beri multi-vitamin utk kanak2
* Tablet Susu Kambing tak perlu sangat
* pati ayam Brands lebih sesuai di alam remaja, 12 tahun ke atas
* Scott's Emulsion/ minyak ikan beri 2 kali seminggu
* Spirulina saya tak sarankan pada usia terlalu muda tapi bergantung pada keadaan
* Gingko Biloba mungkin lebih sesuai untuk 12 tahun ke atas

Seperti Puan juga yang mempunyai anak anak yang masih bersekolah dan belajar di IPT, apakah makanan tambahan yang Puan berikan kepada anak Puan. Semoga Puan dapat berkongsi tips dan panduan.
Tiada makanan tambahan khusus semasa mereka membesar tetapi saya lebih banyak memberi masa dan tumpuan serta galakan kepada mereka sepanjang mereka di sekolah rendah hingga menengah. Vitamin juga diberikan untuk mengelak penyakit. Selain itu, teknik pembelajaran kepada mereka (sesuai usia) boleh dipelbagaikan dengan membeli bahan2 bacaan, kad2 flash gambar binatang, pokok, buah dll. Rajin bertanya mereka soalan2 mudah supaya minda mereka terangsang. Belikan alat2 bantuan mengajar yg patut. Letak nama pada tempat2 di rumah, misalnya, tulis DAPUR dan lekatkan pada dapur, MEJA dan lekatkan pada meja supaya dia selalu nampak huruf2 dan cuba eja serta mengingatinya. Cipta permainan menguji minda yg mudah2 supaya dia lebih seronok belajar.

Tuesday, March 2, 2010

Pesanan terbaik drpd seorang rakan....

Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...