Thursday, February 25, 2010

Aiskrim Avocado

Bahan-bahan:
250g krim putar
100g gula aising
2 biji avocado ranum
150ml susu segar
1 sudu besar jus lemon
80g badam panggang, dicincang halus

Cara membuatnya:
1. Putar krim dan gula hingga kental.
2. Puri avocado dengan susu hingga halus.
3. Masukkan jus lemon dan badam.
4. Gaul sebati dengan krim kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
5. Simpan di dalam peti pembeku selama 1 jam atau hingga kelilingnya beku.
6. Keluarkan dan pukul hingga halus.
7. Masukkan semula ke dalam peti pembeku hingga keras.

Petua: Untuk meranumkan avocado, letak dalam beg kertas dengan sebiji pisang. Biar 1-2 hari.

Sunday, February 21, 2010

Sehari di KIPSAS, Kuantan.

Bersama siswi di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah kelmarin (sabtu, 20 Feb 2010). Seronok bertemu mereka dan berbicara tentang dunia sastera dan penerbitan buku.
Mengabadikan kenangan dengan siswa KIPSAS. Program 'Sehari Bersama Novelis' diadakan dari 8 pagi hingga 2 petang. Pelbagai acara seperti 'Lakonan Sketsa' dari 3 buah novel saya turut dipentaskan. Tahniah kpd yg berjaya menggeletek hati dgn lakonan mereka yg bersahaja serta spontan.










Jutaan terima kasih kpd semua yg menjayakan program tersebut. Saya amat gembira diberi peluang berkongsi pengalaman dlm bidang penulisan yg telah saya tempuhi selama hampir 18 tahun. Selamat Maju Jaya kpd siswa/siswi serta kakitangan KIPSAS.

Thursday, February 18, 2010

Lawak Malam Jumaat

Facebook semakin sinonim dengan kehidupan seharian kita.
Juragan berjaya mengusik hati saya dengan kartun di atas.
Sesekali kena bergelak untuk ringankan kepala yang sarat dengan kerja... Kebetulan pula Encik NY (hubby tercomel) lahir tahun 1959 dan saya sendiri, 1962.

Sunday, February 14, 2010

Jemputan KIPSAS

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS) telah sudi menjemput saya sebagai penceramah dalam Sesi Bertemu Penulis yg akan diadakan pada hari sabtu, 20 Februari 2010 yg akan datang. Saya akan berkongsi pengalaman sebagai novelis dan memberikan panduan serta petua menjadi seorang penulis. Terima kasih kepada abang long.

KIPSAS merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Ogos 1996. Buat permulaannya, KIPSAS menampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi.
Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mulai April 1998, KIPSAS diletakkan di bawah Syarikat Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan Negeri Pahang. Ia t
erletak di kawasan seluas 41 ekar di Jalan Gambang, Kuantan.

Friday, February 12, 2010

Bertemu Madam Kwan

Mengabadikan kenangan bersama Madam Kwan yang memiliki rangkaian restoran di serata ibukota Kuala Lumpur. Wanita gigih ini murah dengan senyuman dan amat peramah. Beliau sendiri yang memastikan semua pelanggan dilayan dengan cepat dan cekap.

Di belakang kami, sempena Gong Xi Fa Cai ahad ini, pohon limau mandarin yang tinggi dihiasi riben warna merah. Antara outlet Madam Kwan ialah di Pavilion, Suria KLCC, Midvalley Megamall dan Bangsar.

Pelbagai juadah enak, antaranya nasi goreng dan beraneka sup gaya hawker serta hidangan Barat yang boleh dinikmati sepanjang hari...

Monday, February 8, 2010

Renungkan ...

Memetik kata-kata Kiyai Abdullah Gymnastiar:

"Saudaraku, kita harus memiliki kepekaan. Bukan sahaja peka terhadap hal-hal besar, namun peka pula terhadap hal-hal kecil. Tidak ada satu pun yang besar kecuali diawali oleh sesuatu yang kecil. Semegah dan setinggi apa pun gedung, pastilah ia tersusun atas batu-bata dan besi-besi kecil. Begitupun sebuah buku, ia tersusun atas kalimat-kalimat. Sebuah kalimat adalah rangkaian kata. Sebuah kata adalah rangkaian huruf. Dan sebuah huruf adalah rangkaian titik.

Titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat manusia. Walaupun kecil, tapi pengaruhnya begitu besar. Di dalam tatabahasa Arab, sebuah titik bisa mempengaruhi makna sebuah kata. Tanpa titik, beberapa huruf Arab tidak mengandung arti. Begitupun bila salah menempatkan titik, maka makna sebuah kata dan cara membacanya jadi berbeda.

Apa hikmahnya bagi kita? Kita jangan mengabaikan kebaikan sekecil apa pun dan juga jangan menganggap remeh keburukan sekecil apa pun. Kita harus selalu waspada terhadap semua hal kecil yang bisa menjadi amal atau yang bisa menjadi dosa. Kecil menurut kita belum tentu kecil dalam pandangan Allah."

Nah!! Fahami dan dalami kata-kata di atas sedalam-dalamnya. Banyak bentuk pesanan dan kiasan yang tersimpul rapi di situ. Selamat merungkaikannya dan selamat berbahasa dengan penuh rasa tanggungjawab.

Sumber: azizah-aling.blogspot.com

Saturday, February 6, 2010

Komen Pembaca

Siti Rahayu Abd Rahman February 1 at 9:09pm
hati saya meronta2x untuk mengulas novel puan..... terbuai2x, terbayang2x, terasa seperti erynn adalah seseorang kawan yang dekat dengan saya erti kata, novel C365H...membuatkan saya berani mengulas idea puan....

selamanya dareen hanya mencintai dan menyayangi seseorang yang beragama islam, berbeza adat dan budaya....selalu menganggap hanya dia diciptakan utknya.......bercinta seperti mereka agak menyeronokkan,sering makan dan minum bersama,keluar negara dan peraginan bersama2x..........

wow indahnya cinta mereka...... begitu juga cinta yang tulus dari erynn...ye....erynn adalah wanita yang bertuah dapat memiliki cinta dareen, seorang anak biasa,ibunya hanya pemandu bas manakala ayahnya sekuriti bangunan.....adik beradik yang sempoi...suka berjenaka....ditambah dengan sikap ayahnya yang gila2..namum mempunyai pengetahuan rohani dan fizikal....amatlah sesuai dengan ibunya rugayah yang tegas...alah2x tomboy pun ada...hehehhehhe wanita yang bekerja sebagai pemandu bas....jarang kita tahu,namum memang ada...saya biasa menaiki teksi yang drebarnya wanita.....hebat wanita zaman kini. saya begitu menyenangi setiap watak yang puan wujudkan......semuanya seperti dikeliling saya...

elemen cina yang puan garapkan membuatkan saya teruja untuk mengetahui adat mereka.....asyik sehingga saya menghafal kedudukan timur, barat...kedudukan katil di bilik saya..... saya amatlah berterima kasih kerana puan (sememangnya dilahirkan dari keluarga campur)....berani membuka mata saya sebagai pembaca.....cewah...lepas ini saya nak mencari menantu cina lah.......hahahahahahah...berangannya saya, anak br 2 tahun....

madam ho,tuan ho,cindy,tania.........saya menulis dengan penghayatan yang khusus...sehingga nama2x ini muncul di minda saya.........mereka adalah bangsa cina yang sangatlah kaya......mementingkan taraf,darjat sehingga membuatkan dareen terlepas ke tangan bangsanya.....

namun,klimaks yang membuatkan saya mendayu2x tangisan sehingga kini........alah.......cemburunya dengan erynn... dapat semula dengan dareen....namum besar pengorbanan erynn....sanggup untuk apa sahaja untuk kekasih hati...kalau saya, dah sah2 saya kawin dengan orang lain...tak sanggup nak terima dareen....

puan, hasil daripada novel C365H, membuatkan saya memujuk / memaksa puan membuat novel sambungan dari kisah mereka.....

saya nak sangat cindy bersama dengan dr qhai....walaupun mmg itu lah akibat yang diterima oleh cindy sebab mementingkan diri sebelum ini aka tak terima percintaan abangnya.... saya juga nak sangat tahu macamana hubungan dareen dan erynn,sebab tak puas hati mereka diijabkabulkan.... tolonglah puan..sambung lagi kisah mereka...heheehheh...... apa pun saya doakan novel puan akan berada ditangga teratas......luv ur novel.....

Sitie Nieta January 31 at 1:08am
Salam, masa taip email ni ct baru saje abis baca novel tbaru kak cinta 365 ari ...mmg lain dari novel2 kak yg lain ..pa yg ct nk kata ct rasa mcm2 masa baca novel ni hppy kecewa bahgia n mcm2 lg cuma ct je tau hihihi ..apa2 pun tahniah mmg x rugi beli malahan b'untung :) ..salam maju jaya utk akak ...

Terima kasih diucapkan kepada mereka.

Wednesday, February 3, 2010

Foto Karnival Karangkraf

Rozz datang dari Sepang untuk berbual mesra. Inilah pertemuan kami yang kedua. Saya kenal Rozz sejak dia singgah di blog ini.
Bergambar kenangan di depan booth Alaf 21 & Buku Prima. Roy (rakan baik Rozz), saya, Liza Zahira (novelis 'Seindah Sakura' & Editor Pa&Ma), Rozz & Ayu Emelda (novel terbarunya, Cinta Kepala Batu).
Hari Sabtu, bersama Elin Nadia (novelis 'Jika Kau Tiada') & Aisya Sofea (novelis 'Yang Sebenarnya'; yang sentiasa ceria melayani peminat2nya.
Poster mini novelis yang memeriahkan karnival tersebut...
Hari Ahad bersama Ayu, Elin & Liza. Seronok berkumpul, bercerita tentang karya terbaru sambil menunggu. Terima kasih kpd peminat novel yang berkunjung serta warga kerja Alaf 21 yang melayani kami dengan penuh mesra.

Terima kasih kepada Dhill, Ayu & Rozz (foto).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...