0
Hadiah Kesusasteraan Nobel 2010 menobatkan penulis novel Peru berusia 74 tahun, Mario Vargas Llosa sebagai pemenang. Ia adalah pilihan mengkagumkan daripada golongan bawahan Sweden: Vargas Llosa ialah gergasi sastera. Sesungguhnya, beliau terkenal untuk novel dan esei yang mendapat perhatian awam, termasuk Gabriel Garcia Marquez mengenai tentangan perkahwinan selain pertandingan (tidak berjaya) dalam kerusi Presiden Peru sekitar 1990.

Bijak, kosmopolitan, dan berani melayakkan Vargas Llosa sebagai penulis novel yang hebat dengan pengisian intelektual awam. Pengalaman hidup di bawah pelbagai rejim tentera dan pengalaman separa masak dengan demokrasi memberi kesan yang ketara dalam penulisan.Pada masa sama, dan walaupun mempunyai darah kacukan Sepanyol/Caucasian, beliau begitu sensitif dengan hak dan budaya masyarakat peribumi.

Rakyat Malaysia (tidak seperti masyarakat Thai dan Indonesia) tidak pernah merasai keganasan dan ketidaktentuan melampau pemerintahan tentera. Oleh itu, kita mudah berasa sukar – sekurang-kurangnya pada peringkat awal – untuk mengaitkan dengan penulisan Vargas Llosa. Apapun jua, kelantangan penulis untuk kebebasan tentunya mempesonakan Malaysia. Kita lebih biasa dengan ketidakadilan dan salah urus tadbir.

Amerika Latin telah melepasi era tidak demokratiknya. Rantau itu telah mula melalui transformasi bukan seperti rantau Asia Tenggara – dengan purata pertumbuhan ekonomi serantau sekitar lima peratus. Kenangan memilukan authoritarianisme, walau bagaimanapun, kekal dalam ingatan rakyat dan ia kekal untuk digodak dan digali oleh para artis dan penulis.

Daripada novel Peru itu, tiga daripadanya sangat menonjol, iaitu yang pertama “Aunt Julia and the Scriptwriter,” bildungsroman yang ditetapkan di Lima semasa era 50-an. Sebahagiannya berdasarkan kehidupan peribadi beliau, ia lebih mengenai penulis berinspirasi berusia 18 tahun, jatuh cinta dengan janda yang jauh lebih tua daripadanya.

Wujudnya unsur jenaka, Mak Cik Julia dapat menyelami kehidupan urban Peru dan idealisme belia. Gambaran telenovela Peru sangat menghiburkan. Ia nampak seperti drama buatan rakyat Malaysia dan kisah Indonesia. Novel itu berakar umbi di Vargas Llosa mengenai kebebasan dan integriti, dengan daya usaha yang kemudiannya mencorakkan masa depan bersama perempuan lebih tua.

Lebih jauh dari muram dan epik ialah novel keempatnya yang bertajuk “The War of the End of the World.” Berasaskan Perang Canudos (1893-1897), penulis merungkaikan perjuangan golongan petani di wilayah timur barat Brazil. Mendapat inspirasi pendakwah, mereka berjuang menentang tuan tanah dan kerajaan dengan kesan yang tragik.

Dianggap oleh Vargas Llosa sebagai karya terbaiknya, ini ialah bukti kepada keprihatinan beliau terhadap golongan yang dipinggirkan daripada kuasa dan wang. Novel ketiganya, “The Feast of the Goat” berkisar mengenai Republik Dominika dengan tumpuan kepada diktator, Trujillo yang berkuasa selama 30 tahun. Vargas Llosa menggambarkan dunia yang tidak bermoral dengan undang-undang telah digantikan dengan kuasa seorang lelaki bernama Trujillo dan keluarganya. Dalam suasana ini, bapa melacurkan anak perempuannya kepada Trujillo semata-mata untuk mendapat ganjaran.

Ia menjadi pembacaan yang menjelikkan, mengingatkan kita kepada syaitan berada di puncak kuasanya apabila soal kebaikan, keberanian dan moral diabaikan. Vargas Llosa juga mengatur susur-galur politik yang menarik. Bermula dengan sosialis, beliau menggarap terus kepada hak, sejajar dengan realiti Castro dari Cuba yang lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Pada masa sama, keganasan dan kekacauan haluan kiri di pedalaman Peru turut membuatkan beliau sedar mengenai perbezaan kecil antara kumpulan kanan dan kiri authoritarianisme, kedua-dua yang disekat kebebasan individu mereka.

Peralihan ke kanan telah menjadi kontroversi, terutama sejak ramai golongan intelektual Amerika Latin berasa bertanggungjawab untuk menentang puak ketenteraan. Sejak menjadi juara neoliberalisme, Vargas Llosa lantang dalam salah guna kerajaan kiri dan kanan. Penulisan dan perjalanan politik Vargas Llosa telah mengingatkan kita mengenai keperluan untuk mempertahankan kemerdekaan asas setiap masa – sesuatu yang kita rakyat Malaysia tahu dengan baik.

Dalam menganugerahkan Vargas Llosa (dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, warga China, Liu Xiaobo), jawatankuasa membuat kenyataan yang penting lagi tepat mengenai keperluan berterusan untuk hak asasi manusia dan kebebasan di ketika dunia lebih banyak bertumpu ke atas isu-isu ekonomi. Lebih dari itu, rakyat Malaysia perlu bertanya diri sendiri, sama ada pemerintahan separuh abad oleh satu parti telah memberi manfaat kepada negara – bagaimana dengan keadaan hidup masyarakat peribumi Sarawak?

Apakah kita sedang menuju ke arah Trujillo dari Republik Dominica atau Dilma Roussef yang meletus dan menggarap Brazil yang lebih demokratik? Pilihan di tangan kita, apakah kita sudah bersedia?

Karim Raslan | www.sinarharian.com.my

Post a Comment