3
4-5 ekor ketam, dibelah 2
¼ camt serbuk kunyit
200-250 ml air
60 ml sos cili Thai
2 camb sos tomato
1 camb kicap manis
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
2 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 camb taucu
1½ camb pes cili

Cara membuatnya
1. Perap ketam dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
2. Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak.
3. Dalam 3 camb minyak, tumis bahan kisar.
4. Bila wangi dan naik minyak, masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap, gula dan garam.
5. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian bubuh ketam.
6. Tutup kuali dan biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7. Campurkan bawang besar kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.

Sumber pic : www.blog.nus.edu.sg

Post a Comment

Salam,
Saya nak tahu taucu tu perlu di basuh dahulu ke tak?

Salam, Zida.

Jika suka, boleh dibasuh.
Jika tak dibasuh, masakan akan masin dan tak perlu guna banyak garam.