3
3 camca besar minyak
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
4 cm halia, dihiris memanjang
400 gm daging batang pinang, dipotong
200 ml air
½ cili Benggala hijau, dikiub
½ cili Benggala merah, dikiub
½ cili Benggala kuning, dikiub
Garam secukup rasa

Bahan Sos (dicampur)
3 camca besar sos lada hitam (blackpepper sauce)
2 camca besar sos tiram
1 camca teh tepung jagung
150 ml air

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2.Bila wangi masukkan daging dan kacau hingga kering airnya.
3.Tuangkan air, kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4.Kemudian perlahankan api dan tutup kuali.
5.Bila daging empuk dan kuahnya pekat, masukkan semua cili Benggala.
6.Kacau 2 minit, tuangkan bahan sos. Tambah garam mengikut rasa.
7.Masak hingga pekat kemudian angkat.

Post a Comment

Salam Norzailina.

Saya cari resepi kambing panggang. Jumpa site ini. Sedap nya tengok resepi di sini. Belum rasa lagi. Lagilah bulan puasa ni :)

All the best!

Team KambingPanggang.com

Salam kak? Untuk resepi ini boleh tak jika ditukar pd ayam ?

TKP.com,

Terima kasih sudi singgah di sini.
Salam Ramadhan.


Pearl,

Boleh guna ayam, dik.