2
HERBA memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja digunakan sebagai ubat, malah sebagai bahan sampingan masakan. Ia dikutip secara segar di kawasan hutan untuk dijadikan ulam-ulaman.

Dimakan bersama nasi atau direbus untuk diminum airnya. Herba seperti daun kemangi, cekur, pegaga, pudina, ketumbar dan selom sering dijadikan salah satu bahan dalam masakan. Buku Kompilasi Masakan Herba menyediakan 60 resipi yang menggunakan pelbagai jenis herba.


Antara resipi yang pasti menarik untuk dicuba seperti tat herba, kek kemangi, telur herba, gulai ketam kaduk dan gulai maman. Selain murah dan mudah disediakan, masakan yang berkhasiat ini juga amat sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Anda pasti kagum dengan kelainan setiap resipi yang disediakan.

Tajuk: KOMPILASI MASAKAN HERBA
Penulis: Norzailina Nordin
Harga: RM7
Halaman: 64

Post a Comment

buku yang amat menarik!! rajin2 menulis lagi ye puan.. :-)

Previous spring I awfully required purchase cv. Subsequent to extraordinarily extensive exploration I detected write my paper then they do exactly the things I sought. thus you in truth should look at buy PHD thesis