4
Kelmarin hari yang bersejarah dalam hidup saya. Kebetulan saya dijemput sebagai Penceramah (Sepagi Bersama Penulis) di Sek Men Keb Saujana Impian sempena PROGRAM HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010.

Terima kasih kepada Pn Nahlia (Guru Perpustakaan dan Media) yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang novelis dan penulis buku-buku masakan. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Pengetua, Pn Hjh Basinah dan semua guru-guru yang telah melayani saya dengan sangat mesra sekali. Saya juga berpeluang beramah mesra dengan setiap pelajar (kelas demi kelas) yang datang ke Pusat Sumber. Ramai juga di kalangan mereka yang berminat dengan bidang penulisan.

Kenangan paling manis adalah bila 1,200 pelajar sekolah tersebut menyanyikan lagu harijadi buat saya dalam perhimpunan pagi Isnin mereka itu. Sesungguhnya, saya cukup terharu dengan sambutan yang diberi. Semoga kunjungan saya ke sana memberikan manfaat kepada semua, insyaAllah.

Post a Comment

salam Lina,

selamat hari lahir (belated!). semoga Allah SWT menganugerakan kesihatan yang baik buat Lina.

Assalamualaikum, Pn. Norzailina,

Saya menjumpai blog puan apabila saya mencari di google..Pertama sekali, saya berharap agar puan membaca comment ini. Jika masih boleh menempah novel, saya mahu menempah novel Cinta 365 Hari dan Menanti Cinta.. saya minta maaf jika saya kirimkan pesanan ini agak lewat. Isnin lepas, saya tak hadir ke sekolah.. jadi, saya berminat untuk menempah novel puan setelah rakan saya menceritakan kepada saya tentang kehadiran puan bersama pelajar SMK Saujana Impian pada hari Isnin lalu..Berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan saya, bayaran harus dibuat esok. Jadi, saya akan membuat bayaran pada esok hari jika puan masih menerima tempahan buku daripada saya :) saya harap puan dapat membalas pesanan ini jika puan sudah membacanya, terima kasih banyak-banyak ye puan..Ohh, saya juga ada menghantar pesanan ini di email puan.. saya sengaja menghantar ke blog puan,takut puan tak perasan, jadi saya hantar di kedua-dua blog dan email milik puan..terima kasih skali lagi..

Noor Amira Abdul Rahim
Pelajar SMK Saujana Impian
tingkatan 3KAA1..

hi, you have nice blog.. u can view also mine..http://akoniwares.blogspot.com

hari ulangthn ye,sori mak teh ketinggalan betoi,selamat ulangthn kelahiran buat dari peminat yg setia ni.resepi dewi lapis dah jumpa....