A Dimension Where You Can Play With Your Senses. May Not Only Be Seen By The Eyes But Also By The Heart.

Friday, April 16, 2010

Khasiat Durian Belanda

Posted by with 30 comments
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

30 comments:

Hashim Zabidi said...

Informasi puan mengenai Durian Belanda sebagai penyembuh segala jenis kanser, sangat saya hargai. Usaha puan mengenengahkan perkara ini satu kebajikan.

Sesungguhnya Durian Belanda ini ada di tanahair kita dan mudah hidup. Orang tidak mengetahui khasiatnya lalu tidak cakna.

Saya akan berusaha menanamnya nanti untuk makan sendiri.

Terima kasih puan.

AbbotCottage said...

Terima kasih Kak Lina atas info. Saya amat menghargainya. Antara buah kesukaan saya...Alhamdulillah, di negara kita tak susah untuk mendapatkan buahnya serta anak pokok untuk di tanam. Terima kasih sekali lagi.

Kanta said...

Kantahanan is the home of every song. The word kantahanan is derived from the tagalog words "Kanta" which means "Song" and "Tahanan" which means "Home".

A Piece said...

A Piece of Idea - Thoughts of a Man, a Blogger, a Webmaster, and a Friend. Learn simple tips from a simple blogger.

Hapi said...

You have a great favicon here. You might want to change that into your own icon. Here is my tip on Favicon and Blogger: How to change favicon in Blogger.I also have this list of Cool Favicons for you to use. Enjoy!

Anonymous said...

Maha Suci Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu itu tidak dengan sia-sia... Puan Lina, saya teruja kerana buah kegemaran saya ternyata punyai khasiat yg besar!

- eda

Tini said...

Oleh kerana terlalu banyak buahnya dirumah ibu saya, kami tidak menghiraukannya lagi...sayang terlalu masak akhirnya jatuh camtu je, sampaikan jiran2 pun dah naik muak. Tetapi sejak akhir ini ibu saya buat aiskrim kampung dan ternyata sedap dan banyak permintaan.

tagskie said...

Nice blog you got here... Just droppin' by to say hi! http://www.arts-and-entertainment.info

kella said...

hye.. salam singgah.. datang dari blog kak Rohayu..

selamat hari lahir.. semoga berada bawah lindungannya selalu..

sydeen said...

mohon kebenaran utk paste ke blog saya sbb sy rasa artikel ni perlu disebarkan.. tqwm

zai said...

Thanks for all ur comments.

Sydeen ~ silakan, saya izinkan.

Putera Islam said...

It is said daun durian belanda bagus untuk rawatan kanser. Ambil 8 helai daun, rebus and minum air. Saya pesakit kanser stage III dan ada orang syorkan ini kepada saya.

Anonymous said...

TQ for sharing this useful info.
Saya dah share kat FB...hope u don't mind ya.

Tihara said...

salam..thanx utuk info berguna ni..saya ingin link it kat blog saya, supaya kawan2 yg lain dapat baca..tqvm :)

Anonymous said...

adik ipar saya disahkan mengidap kanser yg tdk dikenalpasti...tahap kanser adalah tahap yg paling berat,yg mana tlh merebak ke seluruh tubuh...dia akn menjalani rawatan kimo...adakah dgn durian belanda ini,kanser di tahap ini dpt dilawan?

naim said...

Assalmualaikum Puan?
Abang ipar saya memberitahu Durian Belanda ada khasiatnya terutamanya penawar cancer.Bapa mertua saya mengamalkannya dan dengan izin Allah umur beliau dah mencecah hampir 90 tahun.Emak saudara saya yang kena cancer telinga dan telah menjalankan Chimoterapi dan mengamalkan buah tersebut, beliau telah sembuh dan umurnya hampir 80 tahun . Alhamdulilah semuanya dengan izin Allah.

Yang ikhlas
Hamba Allah

naim said...

Assalmualaikum Puan.

Bapa mertua saya juga memberitahu bijinya adalah penawar racun bagi orang yang termakan racun semasa di Pulau Tigabu Kudat dahulu

Saya dan abang ipar baru mengamalkannya dan terasa sihat dan gagah pula tu....

Wassalam.

Yang Ikhlas
Hamba Allah

inanur@TH said...

TQ for sharing.
Izin untuk share kat FB.

jamadi said...

mana nak dapat durian belanda ni?mana paling bagus minuman jus atau minum air rebusan daun atau makan begitu sahaja?saya ada kawan yang mengidap cancer..saya ingin bantu dia..dia dah tahap 3..minta sangat2 bantuan kat mana nak dapat buah ni.ada jual dimana?

Anonymous said...

masalahnya nak dapat buah durian belanda ni susah..kalau di KL..pasar tani pun tk de...

airani said...

kt blkg rmh ada pokok ni...dh berbuah..ingt klu dh tua nk bwa blik umah mak tp blm tua2 lg...bila dh blik dr kg,buah tu gugur plak..then kol mak n cite lah..mk kta buah tu bnyak khasiat.sya masih amik mudah.hri ni mk kol lg..cite psl buah ni.mk kta spupu ada sakit kanser pyu dara n ubatnya mkn buah ni Alhamdulillah dh ada tnda positif...so cpt2 sya search dlm intenet...mmg btul la...mk siap pesan 'jgn tebang pokok tu'!

Anonymous said...

juz wonder kenapa perubatan moden x menggunakan khasiat buah durian belanda...ayah sy pesakit kanser usus, bila jumpa doctor tanyakan pasal buah durian belanda doctor sendiri ckp x percaya dgn khasiat buah tersebut...ade sesiapa boleh terangkan..is it true?

Anonymous said...

sebenarnya graviola bukan buah durian belanda. Gi tengok image buah graviola. cuma durian belanda jatuh dalam the same family. Jadi, khasiat buah ni - wallahu a'lam.

Nur Zalifah Zulkepli said...

Salam, adik saya mendapat kanser perut tahap 1..Saya mendapat tahu durian belanda adalah salah satu rawatan untuk pesakit kanser..Daun durian belanda tu perlu dikeringkan dulu sebelum dikisar atau boleh dikisar begitu saja??

DURIAN BELANDA said...

www.annonaherbs.weebly.com

DURIAN BELANDA said...

terima kasih kpd pemilik blog utk ilmu durian belanda. mmg susah nk dptkan khasiat durian belanda ni sbb buah sentiasa sold out..tp masalah tersebut dh diatasi dgn wujudnya TEH HERBA DURIAN BELANDA. LAYARI www.annonaherbs.weebly.com. jom ramai2 support produk herba berkualiti tinggi ini..tq

Anonymous said...


Also visit my website ... cordyceps

Anonymous said...



Here is my web blog how to win the lottery

Nurul Hafifa said...

terima kasih di atas info yg diberikan ... :)

Anonymous said...

memang satu artikel yang berguna kepada semua pesakit kanser.adakah khasiat buah ini berguna kepada pesakit tibi tolong berikan jawaban sebab isteri tersayang saya menghidap sakit ini baru satu minggu di kesan tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...