2
Textured Vegetable Protein atau TVP yang saya gunakan dalam buku Masakan Vegetarian boleh dibeli di sesetengah pasaraya besar. Kadangkala, ada juga dijual oleh peruncit atau penjual sayur berketurunan India sama ada di pasar basah atau pasar malam. Ini adalah kerana ada di kalangan penganut agama Hindu yang tidak makan makanan yang berdarah (vegetarian) buat beberapa minggu dalam setahun.

Rendam TVP di dalam air hingga ia lembut. Proses ini mengambil masa 2-3 jam. Kemudian, perah untuk membuangkan airnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah masakan. Ia juga boleh digoreng dengan sayur, kentang, lobak merah dll.
TVP diperbuat daripada soya protein dan mempunyai kandungan serat atau fibre yang tinggi. Ia juga enak dimasukkan ke dalam sup atau masakan berkuah yang lain. Jika TVP dikisar, ia boleh menggantikan daging dalam masakan spageti bolognese atau murtabak.

Di sebuah pasaraya antara Jalan Raja Laut dan The Mall (Jln Putra, KL), ada sebuah kedai vegetarian di mana anda boleh beli TVP dalam pelbagai perisa dan bentuk seperti udang, ayam, ketam dll. Ada juga yang dijual di dalam tin dengan perisa daging itik, abalon dll.

Post a Comment