2
Assalamualaikum Puan Norzailina..

Saya suka sekali untuk bertanya dengan Puan mengenai beberapa perkara memandangkan Puan seorang wanita bekerjaya yang pastinya sibuk berbanding dengan saya yang hanya seorang surirumah (walaupun kerja rumah tak pernah habis..)

Saya mempunyai 2 orang anak perempuan, yang sulung sudah pun bersekolah di Pra Sekolah dan yang kecil baru berusia 2 tahun setengah. Persoalan saya ialah mengenai makanan tambahan/mind booster yang bagus untuk diberi kepada kanak kanak seperti anak perempuan saya, memandangkan tahun depan dia akan menaiki darjah 1 dan akan bersekolah agama juga. Selain daripada itu, anak saya juga agak lemah untuk mengeja dan masih belum pandai membaca dan ini amat merisaukan kami suami isteri

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa makanan tambahan yang ada di pasaran dan mudah di dapati..di sini saya senaraikan apa yang saya tahu dan agar Puan dapat memberi komen hendaknya.
INI HANYA PANDUAN SEPINTAS LALU KERANA SAYA BUKANLAH DIETITIAN ATAU DOKTOR KANAK2. ELOK BERIKAN MEREKA BANYAK SAYUR2AN HIJAU SPT BAYAM, HATI AYAM & RIADAH BERSAMA2 DI TAMAN PADA HUJUNG MINGGU. SELALU BERBUAL DENGAN MEREKA TENTANG POKOK, BINATANG DLL YG DITEMUI BILA AKTIVITI DI LUAR RUMAH.


* kismis sesuai untuk mereka
* madu dapat mengelak penyakit
* susu tepung yang diperkaya pelbagai vitamin dan zat galian paling penting bagi anak2 yg membesar
* Vitamin C elok beri multi-vitamin utk kanak2
* Tablet Susu Kambing tak perlu sangat
* pati ayam Brands lebih sesuai di alam remaja, 12 tahun ke atas
* Scott's Emulsion/ minyak ikan beri 2 kali seminggu
* Spirulina saya tak sarankan pada usia terlalu muda tapi bergantung pada keadaan
* Gingko Biloba mungkin lebih sesuai untuk 12 tahun ke atas

Seperti Puan juga yang mempunyai anak anak yang masih bersekolah dan belajar di IPT, apakah makanan tambahan yang Puan berikan kepada anak Puan. Semoga Puan dapat berkongsi tips dan panduan.
Tiada makanan tambahan khusus semasa mereka membesar tetapi saya lebih banyak memberi masa dan tumpuan serta galakan kepada mereka sepanjang mereka di sekolah rendah hingga menengah. Vitamin juga diberikan untuk mengelak penyakit. Selain itu, teknik pembelajaran kepada mereka (sesuai usia) boleh dipelbagaikan dengan membeli bahan2 bacaan, kad2 flash gambar binatang, pokok, buah dll. Rajin bertanya mereka soalan2 mudah supaya minda mereka terangsang. Belikan alat2 bantuan mengajar yg patut. Letak nama pada tempat2 di rumah, misalnya, tulis DAPUR dan lekatkan pada dapur, MEJA dan lekatkan pada meja supaya dia selalu nampak huruf2 dan cuba eja serta mengingatinya. Cipta permainan menguji minda yg mudah2 supaya dia lebih seronok belajar.

Post a Comment

salam puan,
bagus perkongsian ni. baru saya tahu, cara mudah anak2 belajar mngeja dgn menampal perkataan di tempatnya.

oh...macam tu ke? tak pernah terfikir pulak nak letakkan nama kat setiap tempat dalam rumah. Anak saya pun sekarang dalam proses belajar membaca. Saya akan cuba lakukan kaedah ini.