6
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS) telah sudi menjemput saya sebagai penceramah dalam Sesi Bertemu Penulis yg akan diadakan pada hari sabtu, 20 Februari 2010 yg akan datang. Saya akan berkongsi pengalaman sebagai novelis dan memberikan panduan serta petua menjadi seorang penulis. Terima kasih kepada abang long.

KIPSAS merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Ogos 1996. Buat permulaannya, KIPSAS menampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi.
Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mulai April 1998, KIPSAS diletakkan di bawah Syarikat Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan Negeri Pahang. Ia t
erletak di kawasan seluas 41 ekar di Jalan Gambang, Kuantan.

Post a Comment

salam sejahtera..kak norz..

ingin membuat pertanyaan, sekiranya ada waktu berharap sangat agar kaknorz dapat memberi jawapan ringkas...

sekiranya kita telah hantar hasil tulisan novel kita kpd penerbit..biasanya berapa lama diambil waktu utk go through atau editing? adakah sebelum tulisan itu diterima mereka akan memberitahu penulis samada hasil cerita itu diterima atau sebaliknya? dan adakah klu tidak diterima, hasil tulisan penulis akan dipulangkan semula?

terima kasih kaknorz...

terima kasih kak zai kerana sudi meluangkan masa untuk rakan perpustakaan kipsas

Salam, smm.

Bergantung pada penerbit mana, sebetulnya. Penerbit yg mempunyai banyak manuskrip to go thru mesti ambil masa yg lama, mungkin 1-2 bulan.

Selepas dibaca oleh editor (atau beberapa org), mereka akan hubungi untuk beritahu samada diterima atau tak. Mungkin perlu diperbaiki. Atau jika tak diterima, mrk akan pulangkan semula.

U hantar by post atau by hand?

Sazlyanie,

Sama2 & semoga usaha kita, insyaAllah, mendapat rahmatNya...

salam...
saya ada hantar sebuah cerita melalui seseorang yg dikenali pada hujung disember 2009. dia juga seorang novelis yg berjaya. Mungkin dia hantar ke Alaf21, tak pasti.. tapi sekiranya cerita itu tidak diterima, mereka akan pulangkan semula kpd penulis dan adakah boleh kisah itu dihantar ke penerbit yg lain pula?

terima kasih dan sgt menghargai jawapan yg diberi..

wasalam..

Salam, SMM.

Jika dipulangkan semula, maka boleh dihantar ke penerbit yg lain KECUALI diberi panduan untuk mengubahnya sedikit, maka adalah lebih baik diperbaiki & hantar semula kepada penerbit yg pertama. JIKA ENGGAN MENGUBAH JALAN CERITA atau apa2 sekali pun, adalah menjadi HAK PENULIS untuk menghantar ke mana2 yg dipilih.