3
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir (atau ikut suka manisnya)
3 cawan air

1 1/2 cawan susu cair
1 tin kecil buah campuran (sejatkan)


Cara-cara:

1. Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang, ketepikan.
2. Larutkan tepung kastard dengan sedikit air, tapiskan ke dalam periuk. Campurkan kesemua bahan lain.
3. Kacau atas api sederhana perlahan hingga adunan pekat dan berkilat.
4. Angkat dan tuangkan ke atas buah dan biar sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Petua:
1. Bila membuat puding, pastikan sejuk sebelum diletak dalam peti sejuk. Jika tidak, puding akan berair.
2. Jika tiada tepung kastard, boleh digantikan dengan tepung jagung tetapi puding akan berwarna putih (boleh tambah pewarna, jika suka).
3. Untuk kelainan, alas loyang dengan potongan kek lapis sebelum diletak puding tadi.
4. Boleh gunakan sirap buah sebanyak 1 cawan dan campurkan dengan 2 cawan air biasa.
5. Sebaik-baiknya, gunakan balloon whisk untuk mengacau puding di atas dapur.
6. Loyang hendaklah dibasahkan dulu sebelum menuangkan adunan puding.

Sumber foto:
http://taman-syurga-abadi.blogspot.com

Post a Comment

pheww, desert!
i love desert, with coffee fo course.. =)

Yes, especially masa bersembang pasal sejarah, kan? ;-)

salam kak..nak tanya..boleh tak campur terus buah-buahan tu ke dalam puding masa di atas dapur, rather than letak dulu buah tu dalam loyang?