4
Akhirnya, novel terbaru saya dah berada dalam tangan.
Gembira dan syukur usaha kali ini telah menjadi realiti.
Kisah dalam novel ini benar-benar menyentuh hati kerana ia berkisar tentang cinta dua manusia berlainan bangsa dan agama.
Inilah novel saya yang ke 25 dan merupakan tribute kepada keluarga sebelah bonda saya yang berbangsa Cina.
Semoga kalian gembira membacanya dan memperolehi satu keseronokan hakiki, pengertian abadi... sama seperti apa yang saya alami ketika menggarapnya...
Biar apa bangsa sekali pun kita, hakikatnya kita adalah manusia biasa. Darah yang mengalir di dalam tubuh adalah merah. Jangan kerana perselisihan pendapat, kita menjadi musuh di Tanah Melayu ini. Sekiranya terjadi sesuatu pertelingkahan yang melibatkan pertumpahan darah, siapa yang akan rugi? Kita juga, bukan?
Kadangkala ada isu yang dipermainkan oleh tokoh politik dan sebagai rakyat, sentimen kita dibakar. Berserah kepada Allah SWT dan meminta perlindungan-Nya, moga kita sentiasa tenang dan sejahtera, insyaAllah...

Post a Comment

salam sejahtera kak norz...,

tahniah di atas CINTA 365 HARI.., wah sudah 25 buah buku rupanya ya..alhamdulillah..
mengharap sangat dapat memilikinya dan menjadi koleksi nanti...

baru2 ni cari kat kedai buku berdekatan,kecewa,tak ada,better luck next time kot,tahniah,

Tahniah..it is a good piece....! Baru pertama kali beli hasil penulisan dari Puan!

salam.......
syabas kerana novel cinta 365 hari
harap puan dapat melahirkan lagi novel cinta berlainan bangsa yang romantik & endingnya
pasti happy